KUALA LUMPUR: Worldwide Holdings Berhad, anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) meraih dua anugerah terkemuka pada Majlis Anugerah HR Asia anjuran HR Asia pada Jumaat.
Worldwide Holdings Berhad dalam kenyataan memaklumkan konglomerat Selangor itu sekali lagi diiktiraf sebagai Syarikat Terbaik Untuk Bekerja di Asia 2022 (Malaysia) selepas kali pertama meraih gelaran sama pada 2015.
Anugerah berkenaan sebagai mengiktiraf syarikat mempunyai amalan HR (sumber manusia) terbaik dan menunjukkan tahap penglibatan pekerja yang tinggi dan budaya tempat kerja cemerlang.
Worldwide Holdings turut dipilih menerima Anugerah Transformasi Digital HR Asia 2022 kerana menunjukkan usaha teladan dalam meningkatkan pengalaman pekerja dalam organisasi melalui pelbagai inisiatif transformasi digital.
Ketua Komunikasi Korporat Worldwide Holdings Berhad Raja Farah Diba Raja Abdul Rashid dan Pengurus Kanan Sumber Manusia Jefreesyafrizal Ibrahim menerima anugerah berkenaan bagi pihak syarikat pada majlis itu.
Mengulas mengenai anugerah itu, Raja Farah Diba berkata syarikat sentiasa menganggap pekerja sebagai aset dan kunci terbesar mereka untuk mengekalkan kelebihan daya saing syarikat.
"Walaupun meraih pelbagai anugerah industri sepanjang 2022, memenangi anugerah daripada HR Asia adalah kemuncak perjalanan kami tahun ini kerana ia mewakili pengiktirafan kepada kakitangan dan seterusnya mengesahkan usaha kami dalam menjadikan Worldwide Holdings sebuah syarikat hebat untuk bekerja," katanya.
Mengenai pemilihan syarikat sebagai penerima Anugerah Transformasi Digital, Jefreesyafrizal dalam pada itu berkata teknologi dan pendigitalan hari ini adalah bahagian paling penting untuk masa depan tenaga kerja dan perniagaan syarikat dengan pandemik telah mempercepatkan usaha transformasi digital.
Beliau berkata ia termasuk aplikasi sistem dalam talian, disokong oleh pendigitalan data, storan awan dan data besar, menghasilkan penubuhan budaya digital di seluruh Kumpulan, dengan interaksi digital menjadi kebiasaan dalam kalangan pekerja.
"Di Worldwide Holdings, kakitangan diberikan peluang mempelajari set kemahiran baharu, manakala syarikat membantu mereka berkembang dan maju dalam kerjaya dengan menyediakan infrastruktur ICT cemerlang, ganjaran menarik, keseimbangan kerja-kehidupan dan program pembangunan bakat menyeluruh selaras dengan pelan hala tuju transformasi budaya prestasi tinggi Kumpulan," katanya.
Anugerah HR Asia dinilai oleh panel pakar industri, ahli akademik, wartawan dan wakil kerajaan berdasarkan laporan tinjauan input pekerja HR Asia dan tinjauan penglibatan pekerja.
"Menerima anugerah berprestij dari HR Asia ini telah melebarkan pencapaian cemerlang Worldwide Holdings pada 2022, terutamanya dalam bidang Sumber Manusia," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 10 2022
Konglomerat Selangor itu sekali lagi diiktiraf sebagai Syarikat Terbaik Untuk Bekerja di Asia 2022 (Malaysia) selepas kali pertama meraih gelaran sama pada 2015.
Lebih 18,000 kandungan di media sosial diminta diturunkan - Fahmi
Sebanyak 18,785 kandungan yang melanggar undang-undang negara di pelbagai platform media sosial telah diminta diturunkan oleh MCMC sejak 1 Januari lepas.
Zoo Yangon sambut ulang tahun ke-119
Zoo Yangon menyambut ulang tahun ke-119 yang juga merupakan zoo tertua di asia tenggara.
Thailand tingkat langkah keselamatan sempadan & migrasi
Thailand komited mempercepatkan pelaksanaan langkah komprehensif bagi menangani isu migrasi rentas sempadan dan membanteras aktiviti haram di sepanjang sempadannya, khususnya di sempadan Thailand-Myanmar.
Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.
Penjawat awam direman bantu siasatan kes tuntutan palsu RM132,000
Seorang penjawat awam direman membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu berkaitan bayaran saguhati kepada saudara baru.
Kilang BYD $1 bilion di Indonesia selesai akhir 2025
Pembangunan kilang syarikat pembuatan automotif Build Your Dream (BYD) di Indonesia dijangka siap sepenuhnya hujung tahun 2025 ini. Kilang pembuatan kenderaan elektrik dari China itu menelan belanja $1 bilion dolar Amerika. Kilang itu terletak dua jam dari bandaraya Jakarta.
Singapura perkenal program penjagaan paliatif awal untuk pesakit jantung
Singapura memperkenalkan program penjagaan paliatif awal untuk pesakit jantung dengan pembiayaan sebanyak SGD6.5 juta.
Singapura perketat kawalan penggunaan skrin untuk kanak-kanak
Singapura memperkenalkan langkah lebih ketat untuk mengawal penggunaan skrin oleh kanak-kanak dalam usaha untuk memupuk gaya hidup lebih sihat.
Sekolah di sekitar Bangkok ditutup susulan pencemaran udara
Beberapa sekolah di sekitar Bangkok diarah tutup untuk sementara waktu susulan pencemaran udara yang berada pada tahap tidak sihat.
WEF2025: The Geoeconomics of Energy and Materials
In an increasingly volatile geopolitical and technological landscape, where should leaders focus their attention to effectively shape the geoeconomics of energy and materials?
Worldwide Holdings raih dua anugerah terkemuka HR Asia
Anugerah berkenaan sebagai mengiktiraf syarikat mempunyai amalan HR (sumber manusia) terbaik dan menunjukkan tahap penglibatan pekerja yang tinggi dan budaya tempat kerja cemerlang.