KUALA LUMPUR: YTL Power International Bhd melupuskan keseluruhan 33.5 peratus pegangannya dalam ElectraNet Pty Ltd di Australia kepada Australian Utilities Pty Ltd, yang juga pemegang amanah Australian Utilities Trust pada harga A$1.03 bilion (RM3.07 bilion).
Kumpulan itu dalam satu kenyataan memaklumkan selepas pelupusan selesai, YTL Power akan mendapat keuntungan sebanyak RM2.215 bilion berdasarkan nilai pelaburan pada 30 Jun 2021.
Menurut Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Yeoh Seok Hong penjualan tersebut menyumbang peningkatan sebanyak 16.8 peratus kepada aset bersih proforma YTL Power sesaham, dengan nilai meningkat kepada kira-kira RM1.88 sesaham selepas selesai pelupusan berbanding RM1.61 bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2021.
Ia sekaligus dijangka menghasilkan pendapatan proforma sesaham sebanyak 26.02 sen.
"Transaksi ini memberi peluang kepada Kumpulan untuk meraih pulangan daripada pelaburan yang matang.
"Ia juga akan mengoptimumkan lagi baki aset dalam portfolio perniagaan kami dan meningkatkan fleksibiliti untuk menggunakan rizab tunai kami ke arah usaha niaga baharu yang berdaya maju bagi melengkapkan perniagaan sedia," demikian katanya dalam kenyataan pada Selasa.
ElectraNet mengendalikan sistem penghantaran elektrik voltan tinggi di seluruh Australia Selatan di bawah pajakan eksklusif selama 200 tahun.
Pada Disember 2000, YTL Power yang dikendalikan oleh taikun Malaysia, Tan Sri Francis Yeoh Sock Ping dan adik-beradik memperoleh 33.5 peratus kepentingan dalam Electranet.
Ia merupakan usaha pertama Kumpulan itu di peringkat antarabangsa yang berasaskan kedudukan sebagai pengeluar tenaga bebas (IPP) pertama Malaysia dengan dua stesen jana kuasa miliknya di Paka, Terengganu dan Pasir Guda g, Johor.
Astro Awani
Wed Feb 09 2022

Kumpulan itu dalam satu kenyataan memaklumkan selepas pelupusan selesai, YTL Power akan mendapat keuntungan sebanyak RM2.215 bilion berdasarkan nilai pelaburan pada 30 Jun 2021 - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Cip AI buatan Malaysia, sejauhmana kita bersedia?
Perbincangan mengenai Cip AI buatan Malaysia, sejauhmana kita bersedia? Di dalam Pantau Agenda Reformasi bersama Prof Dr Amir Akramin Shafie, Timbalan Rektor (Inovasi dan Kebertanggungjawaban Penyelidikan) UIAM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Dua anggota DBKL dicederakan penjaja tidak berlesen
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan dua anggota penguat kuasanya cedera ketika menjalankan tugas pemantauan di Bazar Ramadan dan Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Benteng.
#AWANIRingkas 6 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 6 Mac 2025
1️⃣ Dewan Rakyat labuh tirai, 10 RUU diluluskan
2️⃣ Enam jenis ubat dirampas dari rumah Ridz Okumura
3️⃣ Polis Thailand tahan 100 suspek didakwa terlibat sindiket
#awaniringkas
1️⃣ Dewan Rakyat labuh tirai, 10 RUU diluluskan
2️⃣ Enam jenis ubat dirampas dari rumah Ridz Okumura
3️⃣ Polis Thailand tahan 100 suspek didakwa terlibat sindiket
#awaniringkas

PDRM siasat video hina agama Islam
Polis sedang menyiasat sebuah video yang tular di laman sosial sejak semalam yang didakwa menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap agama Islam.

Ejen haram warga asing tumpas, enam individu ditahan termasuk majikan - Imigresen
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan ejen haram warga asing dengan menahan enam individu dalam satu operasi khas di tiga lokasi.

Ejen insurans rugi lebih RM1.5 juta terperdaya skim pelaburan berkaitan judi
Seorang ejen insurans kerugian kira-kira RM1.58 juta selepas mendakwa diperdayakan sindiket skim pelaburan berkaitan kegiatan perjudian di Singapura, tahun lepas.
Dialog Tiga Penjuru: Wanita tidak celik hal kewangan?
Realitinya, adakah benar wanita khususnya golongan B40 berdepan masalah kurangnya pengetahuan tentang hak kewangan di bawah undang-undang Syariah Malaysia?
Kekangan birokrasi dan tekanan sosial punca halang wanita dapat hak yang sewajarnya? Apa cara nak lindungi hak kewangan wanita?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Kekangan birokrasi dan tekanan sosial punca halang wanita dapat hak yang sewajarnya? Apa cara nak lindungi hak kewangan wanita?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Watsons Malaysia lancar filem Watsons Raya Terunggul, tampil watak ikonik
Watsons Malaysia memperkenalkan filem Raya 2025 berjudul Raya Terunggul, yang mengetengahkan nilai kasih sayang dan kekeluargaan sempena Syawal.

Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing - Sivaraj
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa AS.
PETRONAS kerjasama dengan Energy Institute, percepat peralihan tenaga
PETRONAS menjalin kerjasama strategik dengan Energy Institute (EI), menjadikannya syarikat pertama beribu pejabat yang berpusat di Asia Tenggara menyertai badan profesional berpangkalan di United Kingdom itu sebagai rakan teknikal.

YTL Power sahkan SPRM minta maklumat Projek 1Bestarinet
YTL Power mengesahkan bahawa SPRM telah meminta maklumat mengenai Projek 1Bestarinet daripada anak syarikatnya YTL Comms.

Saham YTL Power naik selepas umum kerjasama dengan TNB bekal elektrik ke Singapura
Saham YTL Power International Bhd naik 1.5 sen kepada 74.5 sen selepas ia mengumumkan kerjasama dengan unit TNB untuk membekalkan 100 megawatt (MW) elektrik dari Malaysia ke Singapura.

Pengambilalihan Tuaspring bantu YTL Power berkembang kukuh di Singapura
MIDF Research melihat pengambilalihan loji janakuasa gabungan turbin gas berkapasiti 396 megawatt (MW) milik Tuaspring Pte Ltd di Singapura oleh YTL Power International Bhd. adalah positif

YTL Power, dikendali taikun Malaysia lupus 33.5% pegangan dalam ElectraNet
Selepas pelupusan selesai, YTL Power akan mendapat keuntungan sebanyak RM2.215 bilion berdasarkan nilai pelaburan pada 30 Jun 2021.