KUALA LUMPUR: Zon Ekonomi Khas (SEZ) Johor-Singapura mempunyai kelebihan daya saing dalam menarik pelaburan langsung asing (FDI) baharu daripada syarikat multinasional (MNC).
Ia boleh dicapai dengan menyepadukan keupayaan kewangan, logistik dan pembuatan termaju Singapura dengan Johor kerana negeri di selatan Semenanjung Malaysia itu mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
Maybank Investment Bank (Maybank IB) berkata Singapura menikmati perhubungan yang luas dan strategik kepada sumber modal global, pada masa sama turut berfungsi sebagai pintu masuk ke pasaran Asia melalui hubungan pengangkutan dan perdagangan yang terbaik.
"MNC pada masa ini mempelbagaikan rantaian bekalan mereka dari China dan mencari pangkalan pengeluaran alternatif memandangkan persaingan global untuk pelaburan semakin rancak.
"Berlatarbelakangkan keadaan ini, kerajaan sedang berusaha untuk mengukuhkan kekuatan daya saing SEZ itu untuk memanfaatkan peralihan dalam rantaian bekalan ini dan menarik lebih banyak pelaburan asing," katanya dalam nota penyelidikan, semalam.
Maybank IB berpendapat terdapat skop untuk Perikatan Pembuatan Asia Tenggara (SMA) Singapura untuk diperluaskan ke taman perindustrian lain dalam SEZ.
"Skim insentif meliputi sektor lain juga boleh dipertimbangkan. Ini akan memberikan dorongan tambahan untuk pelaburan pelengkap di Singapura dan Johor, membina insentif yang ditawarkan oleh pihak berkuasa Malaysia," katanya.
Menurut Maybank IB, peningkatan kos perniagaan di Singapura telah meningkatkan keperluan untuk kawasan pedalaman, justeru Johor berada pada kedudukan yang baik untuk menyediakan kemudahan berkenaan.
Johor berdaya saing daripada segi kos dan merupakan pertimbangan utama bagi perusahaan kecil dan sederhana yang berpangkalan di Singapura.
Tahap gaji di Johor lebih 80 peratus lebih rendah untuk pembuatan dan 40 peratus lebih rendah untuk sektor hospitaliti manakala perniagaan yang mengambil pekerja Malaysia tidak tertakluk kepada levi dan kuota pekerja asing berbanding apa yang berlaku sebaliknya di Singapura.
Selain itu, purata tarif elektrik di Johor adalah sekitar 60 peratus lebih rendah untuk perniagaan daripada Singapura dan 80 peratus lebih rendah untuk isi rumah.
"Kos perniagaan di Singapura telah meningkat dengan ketara dalam tempoh pasca pandemik, didorong oleh peningkatan inflasi global, pasaran buruh yang ketat, sewa dan pelarasan cukai serta dasar gaji pentadbiran.
"Sewa di Iskandar (Johor) adalah 75 peratus lebih rendah daripada Singapura untuk pejabat, 65 peratus lebih rendah untuk kilang dan 85 peratus lebih rendah untuk perumahan. Sewa pejabat adalah kira-kira RM9 setiap kaki persegi di Iskandar berbanding S$11-S$12 (RM38-RM42) di Singapura," katanya.
Sebaliknya, ia berkata sewa kediaman di Johor adalah sekitar satu pertujuh daripada sewa perumahan awam Singapura (apartment Lembaga Perumahan dan Pembangunan Singapura) manakala sewa kilang siap dibina di Johor adalah kira-kira satu pertiga berbanding Singapura.
"Untuk meminimumkan kerenah birokrasi dan memberikan lebih kejelasan mengenai dasar pelaburan, pihak berkuasa Malaysia sedang mengusahakan Pusat Pemudahcara Invest Malaysia Johor (IMFC-J) yang akan terletak di Forest City dan dijadualkan beroperasi pada suku ketiga 2024. .
"Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura sudah pun kira-kira 70 peratus siap dan berada di landasan yang betul untuk sasaran tarikh mula beroperasi pada akhir tahun 2026. Masa perjalanan antara Singapura dan Johor Bahru akan mengambil masa hanya enam minit sahaja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 10 2024

Maybank IB berkata Singapura menikmati perhubungan yang luas dan strategik kepada sumber modal global dan pada masa sama turut berfungsi sebagai pintu masuk ke pasaran Asia.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.

Kerajaan Johor rangka pelan induk bagi JS-SEZ - Onn Hafiz
Pelan induk itu membabitkan beberapa agensi utama seperti Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).

JS-SEZ boleh pacu Johor sebagai enjin pertumbuhan ekonomi selatan - Penyelidikan
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berpotensi memacu Johor menjadi enjin pertumbuhan selatan untuk ekonomi, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

JS-SEZ bab baharu dalam usaha sama pembangunan ekonomi serantau
Pemeteraian perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) semalam menandakan bab baharu dalam usaha sama membangunkan ekonomi serantau.

Johor cadang SFZ Forest City dilaksana bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura
Kerajaan Johor bercadang untuk meletakkan inisiatif Zon Kewangan Khas (SFZ) Forest City di bawah inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

SEZ Thailand: Malaysia cadang penglibatan swasta, syarikat pemula - Anwar
Malaysia mencadangkan kepada Thailand agar melibatkan sektor swasta dan syarikat pemula dalam penubuhan Zon Ekonomi Khas (SEZ).

Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.

JS-SEZ wujud 100,000 peluang pekerjaan berkualiti - Onn Hafiz
Projek berimpak tinggi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka mewujudkan sebanyak 100,000 peluang pekerjaan berkualiti dan bergaji tinggi.

Zon Ekonomi Khas, hab kewangan bakal lonjak Johor ke persada global
Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar membayangkan masa depan yang cerah bagi Johor, bertapak kukuh di persada global.

Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura mampu jadikan Johor seperti Shenzhen - MB
Katanya, SEZ Johor-Singapura mampu menjadikan Johor seperti bandar Shenzhen di China yang berkembang maju selepas empat dekad menjadi SEZ.