TOKYO: Data peribadi lebih daripada sejuta pengguna sebuah aplikasi janji temu sosial di Jepun mungkin terdedah selepas sistemnya digodam.
AFP melaporkan, syarikat pengendali aplikasi berkenaan sudah memberi amaran kepada semua penggunanya.
Net Marketing, yang menguruskan operasi aplikasi Omiai, berkata pihakya telah mengesan akses tanpa kelulusan pada April lalu yang menceroboh maklumat ahli berdaftar dalam sistem pelayan.
"Kami dapati ada kemungkinan besar maklumat ahli telah dibocorkan akibat akses penceroboh itu,” ujar syarikat itu dalam satu keyataan.
Imej-imej lesen memandu dan pasport yang dihantar untuk pengesahan umur bagi menggunakan aplikasi itu juga adalah antara data yang telah dikompromi, antara tarikh 20 hingga 26 April.
Tambah kenyataan itu, sejumlah 1.71 juta pengguna telah terjejas, termasuk data mereka yang tidak lagi menggunakan perkhidmatan itu.
Walau bagaimanapun, maklumat kad kredit tidak terjejas kerana prosesnya adalah melalui institusi kewangan.
Berita itu yang disiarkan pada Jumaat lalu, mengakibatkan saham Net Marketing menjunam 19.34 peratus pada Isnin.
Omiai, yang bermaksud ‘pencari jodoh’ dalam bahasa Jepun, adalah antara aplikasi janji temu paling popular di Negara Matahari Terbit itu.
Menyasarkan golongan yang mahu menjalin hubungan serius, ia mempunyai sejumlah 6.89 juta ahli.
Agensi
Mon May 24 2021

Sejumlah 1.71 juta pengguna telah terjejas, termasuk data mereka yang tidak lagi menggunakan perkhidmatan itu. - Reuters

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Laman web mahkamah Korea Selatan disyaki digodam DDoS
Gangguan ke atas rangkaian secara tiba-tiba itu hanya menjejaskan laman sesawang mahkamah yang menyediakan perkhidmatan awam.

Lima individu ditahan disyaki godam, jual data peribadi rakyat Malaysia
Sindiket itu dikesan menggodam dan mencuri maklumat peribadi hasil pencerobohan terhadap sistem-sistem digunakan syarikat dan agensi berkaitan.

Toyota USA digodam, 240GB data pekerja dan pelanggan syarikat dicuri
Kumpulan penggodam ZeroSevenGroup mengaku bertanggungjawab ke atas serangan godaman tersebut.

Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).

Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.

Cloud KBS digodam, Hannah sahkan tiada ketirisan data
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengakui aplikasi Cloud agensi berkenaan telah digodam Sabtu lepas (16 Mac) namun mengesahkan tiada sebarang kebocoran data peribadi susulan ancaman tersebut.

Rafizi nafi sistem PADU digodam
R00TK1T mendakwa telah mencuri data LPPKN, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

R00TK1T dakwa berjaya curi 27TB data LPPKN
R00TK1T memberikan tempoh 12 jam kepada pihak berkuasa mengeluarkan kenyataan mengenai kerentanan data yang berlaku.

Polis tahan dua lelaki, patahkan sindiket godam kad bank
Polis percaya berjaya melumpuhkan sindiket menggodam kad bank individu di negara Timur Tengah dengan penahanan dua lelaki di Kuantan.

FB digodam: SPA Perak ambil tindakan, FB bukan lagi medium rasmi
SPA Perak menjelaskan tindakan sewajarnya telah diambil bagi memastikan gangguan yang berlaku tidak berlarutan.