Seramai 11 putera Arab Saudi telah ditahan pihak berkuasa kerana berkumpul di istana raja di sini kerana membantah beberapa langkah kerajaan termasuk menghentikan pembayaran bil utiliti mereka, lapor media tempatan pada Sabtu.
Bagaimanpun, pegawai Arab Saudi tidak memberikan sebarang komen berhubung laporan tersebut.
Memetik laporan Reuters, Arab Saudi telah memperkenalkan pembaharuan termasuk pemotongan subsidi, memperkenalkan Cukai Nilai Tambah (VAT) dan memotong faedah kepada ahli keluarga diraja untuk cuba mengatasi penurunan harga minyak mentah yang menyebabkan anggaran defisit dianggar ke 195 bilion riyal pada 2018.
Menurut portal berita Sabq.org, putera-putera berkenaan telah berkumpul di Qasr al-Hokm sebuah istana kerajaan yang bersejarah dan menuntut pembatalan keputusan kerajaan yang menghentikan pembayaran bil air dan elektrik untuk anggota keluarga diraja.
Mereka juga menuntut ganti rugi untuk hukuman mati yang dikeluarkan terhadap seorang saudara.
"Mereka dimaklumkan mengenai kesilapan tuntutan mereka, tetapi mereka enggan meninggalkan Qasr al-Hokm," lapor portal tersebut, memetik sumber yang tidak dikenali.
"Perintah diraja dikeluarkan kepada pengawal kerajaan .. untuk campur tangan dan mereka ditahan dan dimasukkan ke dalam penjara al-Hayer sebagai persediaan untuk membicarakannya."
Tahun lalu, kerajaan Arab Saudi menahan puluhan anggota keluarga diraja, bekas pegawai kanan dan pegawai semasa dalam tindakan keras untuk membanteras rasuah sekaligus mengukuhkan kuasa Putera Mahkota Mohammed bin Salman.
Agensi
Sat Jan 06 2018

Putera-putera Arab Saudi protes berhubung keputusan kerajaan yang menghentikan pembayaran bil air dan elektrik untuk anggota keluarga diraja.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.

11 putera Arab Saudi ditahan mengadakan bantahan
Putera-putera Arab Saudi protes berhubung keputusan kerajaan yang menghentikan pembayaran bil air dan elektrik untuk anggota keluarga diraja.