Menurut polis, suspek masih bebas dan tiada kecederaan yang mengancam nyawa, dengan enam daripada mangsa mengalami luka tembakan.
Mangsa dalam kejadian tembakan berusia antara 20-an hingga pertengahan 50-an.
Tiada maklumat dikeluarkan mengenai tiga suspek berhubung insiden yang berlaku berhampiran Scarborough Town Centre di bandar itu.
Perkhidmatan paramedik Toronto memberitahu insiden itu merupakan situasi dalam kawalan dengan kecederaan dialami mangsa berada pada tahap ringan hingga kritikal.
