BOGOTA: Polis Ecuador pada Selasa menahan beberapa lelaki bersenjata yang menceroboh sebuah stesen televisyen awam di negara itu semasa sedang bersiaran langsung.
Suspek memaksa kru televisyen berbaring dan duduk di atas lantai dengan bunyi tembakan dan jeritan kedengaran semasa siaran langsung itu.
Dalam satu hantaran di X, ketua polis Ecuador, Cesar Augusto Zapata berkata operasi polis di TC Television menyebabkan 13 orang ditahan dengan senjata, bahan letupan dan bahan bukti lain juga dirampas.
Zapata turut mengesahkan semua tebusan telah dibebaskan dan dibawa ke tempat selamat selain menyifatkan kejadian itu sebagai "tindakan pengganas."
Hantaran Zapata turut menunjukkan gambar beberapa lelaki dengan tangan mereka diikat di belakang.
Tidak lama selepas lelaki bersenjata bertopeng mengganggu siaran langsung itu, Presiden Daniel Noboa mengeluarkan dekri yang mengisytiharkan negara itu telah memasuki "konflik bersenjata dalaman".
Perintah itu menetapkan 22 kumpulan pengedaran dadah yang beroperasi di negara itu sebagai kumpulan pengganas.
"Saya telah memerintahkan Angkatan Bersenjata Ecuador menjalankan operasi ketenteraan untuk melumpuhkan kumpulan-kumpulan ini," kata presiden.
Kejadian keganasan lain turut berlaku di seluruh negara pada Selasa.
Pensyarah dan pelajar di Universiti Guayaquil berlindung di dalam bilik kuliah selepas sebuah organisasi jenayah menawan kemudahan itu.
Selain itu Kementerian Pendidikan mengumumkan penggantungan kelas di seluruh negara dengan memutuskan peralihan ke kaedah pembelajaran secara tidak bersemuka akibat krisis keselamatan berkenaan.
Media tempatan juga melaporkan kehadiran beberapa individu bersenjata di sebuah hospital di Guayaquil.
Pengisytiharan konflik dalaman dibuat sehari selepas Noboa mengisytiharkan darurat selama 60 hari di seluruh Ecuador akibat krisis penjara dan keselamatan yang serius dialami negara itu.
Keputusan itu dibuat selepas seorang daripada ketua kumpulan paling berbahaya di negara itu dilaporkan hilang dari penjara pada Isnin, mencetuskan beberapa siri rusuhan di sekurang-kurangnya enam penjara di negara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 10 2024

Suspek memaksa kru televisyen berbaring dan duduk di atas lantai dengan bunyi tembakan dan jeritan kedengaran semasa siaran langsung itu. - Gambar/ Reuters

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Ecuador adakan pilihan raya umum
Rakyat Ecuador keluar mengundi pada Ahad untuk memilih seorang presiden, naib presiden, 151 anggota Dewan Negara dan lima anggota Parlimen Andean untuk tempoh empat tahun.

Ecuador umum tarif 27 peratus ke atas barangan Mexico
Pengenalan tarif ini dibuat bagi "memastikan layanan adil" daripada Mexcio kepada pengeluar Ecuador, kata Presiden Daniel Noboa.

2 maut nahas pesawat di Ecuador, kemalangan udara ke-4 dalam tempoh 2 bulan
Dua orang terbunuh dan seorang cedera pada Selasa apabila pesawat kecil mereka terhempas di Santa Rosa, wilayah pantai selatan El Oro, Ecuador, kata Direktorat Jeneral Penerbangan Awam.

Banduan tawan 139 pengawal, kakitangan penjara di Ecuador
Kira-kira 125 pengawal penjara dan 14 pegawai pentadbiran dijadikan tawanan oleh banduan di lima penjara di Ecuador ekoran rusuhan dan pemberontakan yang tercetus pada Isnin, lapor Xinhua.

13 ceroboh stesen TV semasa siaran langsung ditahan di Ecuador
Polis Ecuador pada Selasa menahan beberapa lelaki bersenjata yang menceroboh sebuah stesen televisyen awam di negara itu semasa sedang bersiaran langsung.

Lelaki bersenjata serbu studio televisyen Ecuador ketika siaran langsung
Presiden Ecuador, Daniel Noboa menandatangani perintah eksekutif yang mengisytiharkan konflik bersenjata dalaman.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Wanita mati 'bangkit semula' ketuk keranda
Seorang wanita di Ecuador 'bangkit semula' dalam keranda ketika upacara pengebumiannya yang turut menjadi tular di media sosial.

Angka kematian tanah runtuh di Ecuador meningkat kepada 50 orang
Jumlah kematian akibat tanah runtuh di wilayah Chimborazo di bahagian tengah Ecuador pada 26 Mac lepas meningkat kepada 50 orang.

12 banduan maut, 3 cedera di penjara Ecuador
Pertempuran bermula pada petang Jumaat di dalam Penjara Litoral di Guayaquil.