Sebuah bot penumpang yang dipercayai membawa lebih 70 penumpang, karam dipukul ombak besar menyebabkan 13 maut di perairan Makassar, Sulawesi Selatan.
Menurut jurucakap Polis Sulawesi Selatan, Dicky Sondani, dalam kejadian 1 tengah hari tadi, bot buatan kayu itu dalam perjalanan dari Pulau Barrang Lompo menuju ke Pelabuhan Paotere, Kecamatan Ujung Tanah, Makassar.
"Bot itu hanya boleh membawa belasan penumpang sahaja, berlaku lebih penumpang," katanya.
Media dalam talian di Indonesia melaporkan semua penumpang yang selamat telah dibawa ke hospital di Makassar untuk mendapatkan rawatan.
Sebanyak 13 disahkan terkorban setakat ini, manakala 63 penumpang diselamatkan dan daripada jumlah yang selamat itu sebanyak 39 mengalami kecederaan, kata Dicky.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 13 2018

Laporan media tempatan tentang insiden bot karam di Makassar. -makassar.antaranews.com
UMNO tidak tergugat, kes bersifat individu – Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan tidak timbul isu UMNO akan tergugat susulan siasatan kes rasuah yang sedang dihadapi bekas perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram jual beli kapal ditahan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang pengarah syarikat bergelar datuk kerana disyaki terlibat kegiatan pengubahan wang haram hasil daripada urusan jual beli sebuah kapal tangki.
Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
Polis menahan tujuh lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah menerusi dua serbuan berasingan di bazar Ramadan Bayan Baru di George Town, pada Selasa.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lebih 26,000 syarikat guna sistem e-Invois, 207.4 juta e-Invois dikeluarkan setakat ini - Lim
Sebanyak 26,665 syarikat telah menggunakan sistem e-Invois sejak ia dilaksanakan pada Ogos 2024 dengan 207.4 juta e-Invois dikeluarkan setakat 10 Mac lepas.

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah

SPPP sambut baik pemberian subsidi diesel, ringankan kos operasi
Pengerusi SPPP Datuk Yeoh Soon Hin berkata subsidi itu sedikit sebanyak dapat meringankan kos operasi feri penumpang di Pulau Pinang.

Lebih muatan, empat bot bawa pelancong China di Port Dickson ditahan
Maritim Malaysia berjaya menahan empat buat bot penumpang kerana membawa lebihan muatan penumpang di perairan Port Dickson, pagi Khamis.

Bot penumpang tiada dokumen sah ditahan
Kedua-dua suspek dan bot dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah untuk siasatan lanjut.

Tekong, kru bot penumpang diberkas
Bot yang dikendalikan oleh seorang warga tempatan bersama dua kru warga Indonesia itu ditahan kira-kira jam 6.15 petang.

Sekurang-kurangnya 19 maut nahas bot penumpang di Bangladesh
Bot itu membawa lebih 100 penumpang dan jumlah sebenar mangsa yang hilang hanya dapat dimaklumkan apabila operasi SAR selesai.

3 bot penumpang karam, 11 maut
Ketiga-tiga kapal tersebut berlepas dari bandar pelabuhan Iioilo dan Pulau Guimaras dan insiden berlaku hampir pada masa yang sama.

13 maut insiden bot karam di Makassar
Bot buatan kayu itu dalam perjalanan dari Pulau Barrang Lompo menuju ke Pelabuhan Paotere, Kecamatan Ujung Tanah, Makassar.

Bot karam: 6 termasuk kanak-kanak lemas di Sungai Serusup
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, seramai 24 orang lagi selamat dan dihantar ke Hospital Tuaran untuk rawatan.