Enam belas murid sekolah dan seorang guru rentung dalam kebakaran bas sekolah di Gujrat, Pakistan.
Insiden dipercayai berpunca daripada kebocoran pada tangki minyak yang kemudiannya meletup akibat berlaku litar pintas.
Menurut jurucakap polis, lima lagi kanak-kanak cedera dengan tiga daripadanya kritikal.
Sementara pihak hospital memaklumkan, mereka menerima tujuh mangsa yang cedera.
Mangsa yang terlibat berumur antara 5 hingga 13 tahun.
Polis kini sedang mencari pemandu bas berkenaan yang sempat melarikan diri sebaik bas mula terbakar.
Sementara itu, semua mangsa yang maut dikebumikan pada hari yang sama.
Beberapa ahli keluarga mangsa menggesa pihak berkuasa agar mengambil langkah segera bagi mengelak insiden berulang.
Presiden Asif Ali Zardari dalam kenyataannya juga menyatakan simpati dan mengarahkan pihak berkuasa memeberikan rawatan terbaik kepada kanak-kanak yang cedera.
Astro Awani
Sat May 25 2013

10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

16 murid dan seorang guru maut bas terbakar di Pakistan
Insiden yang berlaku di Gujrat berpunca daripada kebocoran pada tangki minyak yang kemudiannya meletup.