NEW YORK: Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan 165 juta orang di seluruh dunia berada di bawah garis kemiskinan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Disebabkan oleh pandemik COVID dan pergolakan ekonomi sejak 2020, wang harian golongan yang terjejas ini merosot di bawah had AS$3.65, menurut Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) pada Jumaat.
"Jumlah itu sebenarnya mungkin lebih tinggi sekiranya kerajaan tidak berbelanja untuk meningkatkan program keselamatan sosial dan pakej rangsangan semasa COVID-19.
"Ini terutama bagi negara berpendapatan rendah yang bebannya menjadi tidak mampan pada masa ini.
"Kerajaan tidak lagi boleh menggaji doktor dan jururawat di hospital, tidak dapat menyediakan ubat untuk pusat kesihatan luar bandar, yang pada dasarnya menghakis infrastruktur sosial negara," kata pentadbir UNDP Achim Steiner.
Beliau berkata keadaan itu akan menjurus kepada kurangnya penjagaan kesihatan, pendidikan dan tiada jaringan keselamatan sosial.
PBB memberi amaran bahawa 52 negara di dunia kini berada dalam perangkap hutang yang tidak dapat ditangani tanpa bantuan.
Pada 2022, hutang awam dunia akan meningkat kepada AS$92 trilion, lima kali ganda berbanding tahun 2000.
Sebanyak 40 peratus penduduk dunia atau 3.3 bilion orang tinggal di negara yang pembayaran faedah pinjaman melebihi perbelanjaan kesihatan atau pendidikan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 14 2023

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan 165 juta orang di seluruh dunia berada di bawah garis kemiskinan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. - Gambar hiasan/REUTERS
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Lebih 1,000 orang awam maut akibat bom buatan sendiri di Afghanistan - Laporan PBB
Lebih 1,000 orang awam terbunuh manakala hampir 2,700 lagi cedera akibat bom buatan sendiri (IED) di Afghanistan sejak Taliban menguasai negara itu pada 2021.

PBB sifatkan peratusan kemiskinan Malaysia tidak realistik
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa situasi kemiskinan di Malaysia jauh lebih buruk dari apa yang digambarkan oleh kerajaan.