Sejumlah penduduk turut dilaporkan hilang dan keadaan darurat telah diisytiharkan. - Foto AP
JABLANICA: Sekurang-kurangnya 19 orang terkorban akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda Bosnia-Herzegovina pada Jumaat,
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Kawasan paling teruk terjejas adalah di sekitar Jablanica, sebuah bandar di tengah jalan utama antara Mostar dan ibu negara Sarajevo.
Sejumlah penduduk turut dilaporkan hilang dan keadaan darurat telah diisytiharkan.
Menteri Pembangunan Vojin Mijatovic memaklumkan, banjir ini merupakan yang terburuk melanda negara itu dan menyeru orang ramai untuk kekal tenang.
Rakaman video dron menunjukkan kawasan perumahan dan sebuah masjid di Donja Jablanica ditenggelami air.
Selain itu beberapa jalan utama serta laluan kereta api mengalami kerosakan teruk.
Beberapa rumah turut musnah akibat tanah runtuh.
Sebahagian besar kawasan tengah Eropah telah dilanda banjir sejak sebulan lalu dan menyebabkan kemusnahan teruk di Poland, Republik Czech dan Romania.
Consider This: Multidimensional Poverty in the 21st Century
Despite decades of progress, poverty continues to trap millions in cycles of deprivation, and conventional measures often fail to reflect the full scope of their struggles. The Multidimensional Poverty Index, developed by the Oxford Poverty and Human Development Initiative, offers a revolutionary way to understand and address poverty by looking at deprivations in education, health, and living standards. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Professor Dr Sabina Alkire, Director of the Oxford Poverty and Human Development Initiative. Together with Professor James Foster, she developed the Alkire-Foster method for measuring multidimensional poverty.