Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata persoalan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukan menjadi perhatian utama pihak Washington termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
"Mungkin perkara ini besar kerana diuar-uarkan di dalam negara (Malaysia) kerana di negara kita ia dijadikan isu politik," kata Ahmad Zahid kepada wartawan Malaysia di sini pada Jumaat.
Ahmad Zahid yang dalam rangka lawatan kerja di pusat pentadbiran Amerika Syarikat ini berkata perkara mengenai 1MDB tidak dibangkitkan langsung semasa pertemuan beliau dengan Setiausaha Negara Amerika John Kerry dan juga perbincangan dengan pegawai-pegawai kanan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
"Tidak ada persoalan mengenai 1MDB dibangkitkan oleh pihak FBI atau John Kerry atau mana-mana pihak yang saya temui semasa saya berada di Washington," kata beliau apabila ditanya berhubung laporan media sebelum ini bahawa FBI telah memulakan penyiasatan berkaitan 1MDB.
"(1MDB) tidak menjadi isu besar kepada mereka langsung," katanya.
Ahmad Zahid bertemu John Kerry di Jabatan Negara di sini Khamis untuk menandatangani dokumen Aturan Arahan Presiden Keselamatan Negara No.6 (HSPD-6), bagi membolehkan Malaysia menjadi negara ke-39 menyertai Program Pengecualian Visa Amerika Syarikat.
Selain pertemuan dengan Kerry, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri juga mengadakan perbincangan dengan Agensi Perisikan Persekutuan (CIA) dan FBI yang menyentuh isu keganasan ISIS, keadaan keselamatan di Laut China Selatan dan soal migrasi.
Timbalan Perdana Menteri seterusnya menasihatkan orang ramai supaya jangan terpengaruh dengan pelbagai kenyataan kononnya agensi antarabangsa, khususnya di Amerika Syarikat melakukan siasatan berdasarkan dakwaan beberapa individu dari Malaysia yang dikatakan telah bertemu dengan pihak-pihak berkenaan.
"Saya telah bertemu timbalan pengarah FBI (Mark F. Giuliano) dan para pegawai kanan FBI. Tidak ada satu perkataan pun disebut mengenai 1MDB," katanya.
Katanya turut bersama beliau dalam pertemuan itu ialah Duta Malaysia di Amerika Syarikat Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim.
"Saya tidak tahu (berita itu) datang dari mana? Saya jumpa FBI dan pihak-pihak lain… tidak timbul langsung mengenai perkara itu," katanya.
Bernama
Sat Oct 10 2015

Ahmad Zahid dan Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (di sebelah kiri Ahmad Zahid) dan duta Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Dr Awang Adek Hussin (kedua dari kiri) sedang menunaikan sembahyang dan khutbah Jumaat di Washington. - Gambar Bernama

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.

Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.

1MDB: 'Saya bukan tidak siuman untuk minta bukti dokumen jejas pembelaan' - Najib
Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, beliau bukan tidak siuman untuk meminta bukti dokumen yang boleh menjejaskan pembelaan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1MDB.

'Saya tidak pernah jejak Ambank untuk lakukan rasuah' - Najib
Bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi KL bahawa, beliau tidak pernah menjejakkan kaki di Ambank Jalan Raja Chulan, di ibu negara untuk melakukan jenayah.

Najib tarik rayuan injunksi Mareva AS$681 juta terhadap 1MDB
Datuk Seri Najib Razak menarik balik rayuan untuk membatalkan injunksi Mareva yang diperoleh 1MDB dan 4 anak syarikatnya bagi menghalang beliau daripada memindah atau melupus aset sehingga AS$681 juta

Kes 1MDB: Hakim tanya peguam Najib beza perbelanjaan peribadi dan politik
Hakim dalam kes 1MDB Najib mengajukan soalan kepada pasukan pembelaan mengenai perbezaan antara perbelanjaan untuk tujuan peribadi dan politik.

1MDB: Seorang meninggal dunia, seorang tidak tahu di mana, keterangan saksi hanya 'dengar cakap' - Peguam bela
Pasukan pembelaan Najib Razak menegaskan, mahkamah tidak sepatutnya mengambil kira keterangan saksi-saksi pendakwaan dalam kes penyelewengan dana 1MDB.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu berhubung perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dengan Low Taek Jho atau Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat

Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.

Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.