Ketua Pengarah Pusat Tindakan Periuk Api Kemboja Heng Ratana berkata peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.
"Dua kanak-kanak, seorang lelaki dan seorang perempuan maut dalam letupan sisa bahan letupan yang tidak meletup itu," katanya menerusi media sosial, sambil menambah bahawa seorang daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi di hospital.
Kedua-duanya berusia dua tahun.
Menurut seorang saksi yang juga bapa kepada seorang daripada mangsa, kedua-dua kanak-kanak itu bermain dengan menggali tanah dan dipercayai telah mengenai bahan letupan berkenaan dengan objek lain yang mencetuskan letupan.
-- BERNAMA
