Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun antara yang terkorban dalam insiden letupan bom di luar sebuah sekolah di selatan Thailand pada Selasa.
Menurut pihak berkuasa Thailand, bom itu dipercayai disembunyikan di dalam tangki minyak sebuah motosikal dan diletupkan ketika murid dan guru berbaris pada awal pagi untuk masuk ke sekolah yang terletak di daerah Tak Bai di wilayah Narathiwat.
"Dua orang terbunuh termasuk seorang kanak-kanak tadika dan seorang dewasa yang mungkin bapanya," kata seorang anggota polis di Tak Bai, yang enggan namanya disiarkan.
Seorang pekerja hospital mengesahkan angka kematian dan menambah bahawa 10 orang dewasa lain turut cedera dalam letupan itu, termasuk orang awam dan empat pegawai polis.
Talian telefon ke kawasan pedalaman telah dipotong pasukan keselamatan ekoran tindakan pemberontak yang sering menggunakan isyarat selular untuk meletupkan bom.
Lebih 6,500 orang – majoritinya orang awam - telah dibunuh oleh pemberontak dan pasukan keselamatan Thailand sejak 2004 dalam insiden pengeboman dan tembakan di wilayah selatan yang bersempadanan dengan Malaysia.
Polis dan tentera mengiringi guru dan kanak-kanak ke sekolah di 'zon merah' yang dilabel paling berbahaya di selatan.
Pemberontak di negara itu sering menyasarkan sekolah dan guru dengan sejumlah besar tenaga pengajar telah dibunuh, ada kalanya di hadapan murid-murid.
Agensi
Tue Sep 06 2016

Bom itu dipercayai disembunyikan di dalam tangki minyak sebuah motosikal dan diletupkan ketika murid dan guru berbaris pada awal pagi untuk masuk ke sekolah. -Gambar fail

Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen
Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen.
Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak akan diumum November
Kementerian Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak akan mengeluarkan senarai kursus ijazah sarjana muda yang terbabit dalam skim pendidikan tinggi percuma negeri itu pada November nanti.
STEM Catalyst-Raspberry Pi diperluas ke 130 sekolah rendah di Sarawak
Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, inisiatif STEM Catalyst-Raspberry Pi bertujuan untuk menarik minat lebih ramai pelajar dalam bidang berkenaan.
Jumlah penerbangan di Sarawak mencukupi - Kim Shin
Menteri Pengangkutan Sarawak,Datuk Seri Lee Kim Shin berkata penekanan diberikan kepada penambahan penerbangan jika diperlukan, di samping kawalan terhadap kadar tambang agar tidak membebankan penumpang.
AirBorneo bakal miliki pesawat ATR72-600
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.
SEB beri jaminan tiada ganggua elektrik ketika aidilfitri
Ketua Pegawai Eksekutif, Sarawak Energy Berhad (SEB) Datuk Sharbini Suhaili berkata sebagai langkah intervensi awal, pihaknya turut mengaktifkan pelan kontingensi dengan memastikan sebarang gangguan dapat dipulihkan dengan pantas.

Polis terima 894 laporan terhadap Zamri Vinoth - KPN
Polis menerima 894 laporan berhubung kenyataan kontroversi pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu.
ASEAN 2025 | 12 Mac
ASEAN 2025 harini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.

KPT tidak terima maklumat pelajar terjejas susulan letupan bom di Golok - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak menerima sebarang maklumat berkaitan pelajar Malaysia yang terjejas dalam insiden letupan bom di Pekan Sungai Golok, selatan Thailand pada 8 Mac lepas.

Insiden letupan bom di Sungai Golok jejas pergerakan di sempadan
Insiden letupan bom dan tembakan di Sungai Golok, selatan Thailand, tiga hari lepas memberi kesan ketara terhadap pergerakan penduduk di sempadan Malaysia-Thailand.

Dua sukarelawan maut, lapan cedera dalam serangan di Narathiwat
Dua anggota sukarelawan pertahanan terkorban manakala lapan cedera dalam insiden letupan bom di Daerah Sungai Golok, Narathiwat.

2 maut dalam insiden letupan di luar sekolah di selatan Thailand
Bom itu dipercayai disembunyikan di dalam tangki minyak sebuah motosikal dan diletupkan ketika murid dan guru berbaris pada awal pagi untuk masuk ke sekolah.