LOS ANGELES: Kebakaran hutan yang merebak pantas di bandar Weed Utara California di daerah Siskiyou telah mengorbankan dua nyawa setakat ini, lapor Xinhua, memetik Syerif daerah Jeremiah LaRue pada Ahad.
LaRue bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kematian akibat Kebakaran Mill itu yang tercetus pada Jumaat serta mengakibatkan sekurang-kurangnya 50 kediaman musnah atau rosak dan memaksa ribuan penduduk berpindah.
Menurut data terbaharu Jabatan Perhutanan dan Pencegahan Kebakaran California, Kebakaran Mill telah memusnahkan 4,254 ekar (17.2 kilometer (km) persegi) manakala 25 peratus lagi kawasan tidak terjejas.
Pada Ahad, anggota bomba di daerah Siskiyou terpaksa beralih tumpuan kepada Kebakaran Gunung yang mula tercetus pada Jumaat dan mengancam 690 struktur bangunan manakala 332 penduduk setempat telah dipindahkan.
Susulan itu Gabenor California Gavin Newsom pada Sabtu mengumumkan darurat di daerah Siskiyou.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 05 2022

Kebakaran Mill telah memusnahkan 4,254 ekar (17.2 kilometer (km) persegi) manakala 25 peratus lagi kawasan tidak terjejas. -Reuters

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.
Konflik Gaza: Netanyahu ikrar balas dendam lepas Hamas pulang mayat tebusan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Khamis berikrar kononnya untuk membalas dendam terhadap Hamas selepas kumpulan itu menyerahkan mayat empat tebusan Israel.

Jumlah kematian akibat kebakaran hutan California meningkat kepada 29
Angka kematian akibat kebakaran hutan yang dahsyat di kawasan Los Angeles meningkat kepada 29.

Pemindahan besar-besaran selepas kebakaran baharu meletus berhampiran LA
Kebakaran ini berlaku ketika kawasan Los Angeles masih pulih daripada dua kebakaran besar yang telah mengorbankan lebih 24 orang.

Jepun sumbang US$2 juta untuk bantuan kebakaran hutan di California
Jepun pada Rabu mengumumkan sumbangan sebanyak US$2 juta kepada California untuk menyokong usaha pemulihan selepas kebakaran besar yang meragut puluhan nyawa dan menyebabkan kerosakan besar.

Kebakaran LA: Angin kuat Santa Ana boleh tingkatkan kebakaran hutan
Angin Santa Ana yang bertiup dari gurun telah menyebarkan bara api sejauh 3 kilometer di hadapan kebakaran.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Datuk Bandar Los Angeles dikritik berhubung respons terhadap kebakaran besar
Sehingga Ahad, lebih 110,000 tandatangan telah dikumpulkan menerusi petisyen di Change.org yang menuntut peletakan jawatannya.

Kebakaran Los Angeles: Angka korban kebakaran hutan meningkat kepada 24
Angka korban akibat kebakaran hutan yang dahsyat di California, Amerika Syarikat (AS), meningkat kepada 24 orang pada Ahad.

Kebakaran Los Angeles: 14 maut, angka korban dijangka meningkat
Pegawai memberi amaran pada Ahad bahawa angka korban, yang kini mencecah 14 orang berkemungkinan meningkat.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kerosakan akibat kebakaran di California meningkat kepada US$150 bilion - AccuWeather
Anggaran awal kerosakan akibat kebakaran liar yang sedang berlaku di dalam dan sekitar Los Angeles telah meningkat kepada antara US$135 bilion dan US$150 bilion.