KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke India yang turut ditauliahkan ke Afghanistan, mengesahkan dua rakyat Malaysia masih berada di Afghanistan.
Suruhanjaya Tinggi itu memaklumkan, kedua-dua mereka bertugas dengan organisasi bantuan antarabangsa di Kabul, ibu negara Afghanistan.
Bagaimanapun, suruhanjaya berkenaan tidak memberikan butiran lanjut mengenai mereka.
Menurut suruhanjaya itu, seorang lagi rakyat Malaysia yang bekerja dengan institusi kewangan di Kabul, sudah pun menghubungi misi berkenaan dan sudah selamat kembali ke Malaysia awal bulan ini.
"Kedua-dua rakyat Malaysia itu sudah pun mengatur urusan untuk terus berada di Afghanistan buat masa ini," menurut pejabat pesuruhjaya tinggi itu menerusi e-mail kepada Bernama berhubung nasib rakyat Malaysia di negara itu selepas kerajaan Presiden Mohammad Ashraf Ghani ditumbangkan Taliban pada Ahad.
BACA: Krisis Afghanistan: Komander Tentera AS telah berhubung dengan pemimpin Taliban
BACA: Perancis hantar dua pesawat ke Afghanistan
Pihak suruhanjaya tidak menolak kemungkinan masih ada rakyat Malaysia lain di Afghanistan dan menasihati mereka supaya mendaftar serta mencadangkan supaya mereka pulang dan terus berada di Malaysia sehingga keadaan di Afghanistan bertambah baik.
"Pihak Suruhanjaya Tinggi mencadangkan kepada mereka supaya mendaftar menerusi e-mail [email protected] atau menghubungi talian +91 11 2415 9300," menurut e-mail itu.
Ditanya mengenai perniagaan Malaysia di Afghanistan, suruhanjaya memaklumkan, mereka tidak mempunyai maklumat sebarang syarikat Malaysia beroperasi di negara yang dilanda kancah peperangan itu.
Pada Ahad, Ghani terpaksa meninggalkan negara itu selepas Kabul ditawan Taliban.
Taliban mengambil alih kuasa di Afghanistan buat pertama kali selepas hampir 20 tahun berikutan pengunduran tentera Amerika Syarikat dari negara itu.
Menurut laporan media, banyak negara memutuskan untuk membawa pulang diplomat dan warga masing-masing dari Afghanistan serta menutup kedutaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 17 2021
Taliban mengambil alih kuasa di Afghanistan buat pertama kali selepas hampir 20 tahun berikutan pengunduran tentera Amerika Syarikat dari negara itu. - Gambar/ Reuters
AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.
31 koperasi Wilayah Persekutuan dalam senarai 100 terbaik negara pada 2024 - Dr Zaliha
Beliau berkata kejayaan menunjukkan potensi besar koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi komuniti setempat.
Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Jumlah perdagangan Afghanistan melebihi US$12 bilion pada 2024
Jumlah keseluruhan perdagangan Afghanistan pada 2024 melebihi US$12 bilion, mencatatkan peningkatan 38 peratus dalam import berbanding tahun sebelumnya dan penurunan empat peratus dalam eksport.
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
Kyrgyzstan keluarkan Taliban daripada senarai organisasi pengganas
Kyrgyzstan mengeluarkan Taliban daripada senarai organisasi yang diharamkan, menurut Kementerian Luar Kyrgyz pada Jumaat, lapor Xinhua.
Afghanistan siap sedia sambut Aidiladha meski berdepan cabaran ekonomi
Kadar pengangguran dan kemiskinan yang tinggi mengurangkan kuasa beli rakyat Afghanistan secara drastik, menyukarkan mereka untuk melaksanakan ibadah korban.
Tehran dakwa penjajahan asing sebagai punca utama masalah Afghanistan
Punca masalah dan cabaran Afghanistan ialah pendudukan negara itu sebelum ini dan kurangnya perhatian terhadap pembangunan ekonominya oleh bekas penjajah.
Pilihan raya Pakistan: Perkhidmatan rangkaian mudah alih digantung, sempadan ditutup
Pihak berkuasa Pakistan menggantung perkhidmatan mudah alih dan menutup sempadan dengan negara jiran Afghanistan dan Iran selepas insiden pengeboman.
150,000 wanita dan sektor kesihatan, hak tidak diabaikan - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Seramai 150,000 wanita berkhidmat dalam sektor kesihatan Afghanistan ketika ini dengan pelbagai cabang kepakaran.
Afghanistan ketika ini 100 peratus aman - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Situasi di Afghanistan jauh lebih baik berbanding 20 tahun lalu yang menyaksikan ratusan orang maut akibat peperangan.
Afghanistan perlu raih semula penghormatan untuk membangun - Penganalisis
Afghanistan perlu memecahkan persepsi negatif terhadap negaranya dan meraih semula penghormatan komuniti antarabangsa untuk membangun.
Genosid di Gaza hancurkan 'kredibiliti' pertubuhan dunia - Afghanistan
Afghanistan mengutuk sekeras-kerasnya rejim Israel itu kerana meneruskan pengeboman yang membunuh ratusan rakyat Palestin sejak jeda kemanusiaan tamat pada Jumaat.