MANILA: Jumlah penduduk yang dipindahkan akibat letusan gunung berapi paling aktif di Filipina mencecah 20,000 orang, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik agensi bencana negara itu pada Jumaat.
Aliran lahar terus mengalir dari puncak Gunung Berapi Mayon di Albay.
Pemandangan memukau Mayon yang terkenal dengan bentuk kon sempurna menarik pengunjung ke wilayah timur itu.
Letusan itu telah menjejaskan lebih 38,000 penduduk dan lebih 20,000 penduduk ditempatkan di 27 pusat pemindahan, menurut agensi bencana itu.
Mayon setinggi 2,462 meter memuntahkan laharnya sejak 8 Jun dan aliran pijar telah mencapai jarak satu kilometer dari kawah, menurut Institut Volcanoloy dan Seismology Filipina (Phivolcs) dalam buletin terbaharunya.
Phivolcs berkata tahap amaran untuk Mayon kekal ditetapkan pada tiga. Letusan berbahaya dijangka berlaku dalam beberapa minggu atau mungkin beberapa hari lagi.
Sementara itu, Mayon kini menjadi tumpuan pelancong dan pendaki ketika pengunjung membanjiri Albay untuk menyaksikan letusan.
Pegawai pelancongan juga mengeluarkan senarai tapak di sekitar wilayah itu yang selamat untuk melihat panorama terutamanya pada waktu petang apabila cahaya paling jelas kelihatan.
Mayon telah meletus lebih daripada 50 kali dalam tempoh 400 tahun yang lalu.
Letusan terakhirnya adalah pada 2018, memaksa puluhan ribu orang berpindah. Letusan paling dahsyat berlaku pada tahun 1814, membunuh 1,200 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 16 2023
Pemandangan memukau Mayon yang terkenal dengan bentuk kon sempurna menarik pengunjung ke wilayah timur itu. -Reuters
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 yang berlangsung di Istana Negara hari ini.
Hujan, pencemaran bau punca K9 gagal kesan Zayn Rayyan
Pencarian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin oleh Unit Anjing Pengesan (K9) Pulapol Kuala Lumpur tidak berhasil selepas berlaku hujan di kawasan kejadian.
[TERKINI] Taklimat media Khazanah Annual Review 2025
Ikuti taklimat media oleh Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir sempena Khazanah Annual Review (KAR) 2025 di Innovation Centre, Mercu UEM.
'Bukan main masukkan saja sesuka hati' - YB Masjid Tanah
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengkritik & mempersoalkan kesahihan data kemasukan pelancong asing yang dinyatakan Menteri Pelancongan, Tiong King Sing dalam laporan media sebelum ini.
#AWANInews
#AWANInews
Perang perdagangan tidak akan jejas pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2025 - Rafizi
Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran KDNK 2025 walaupun berdepan risiko daripada perang tarif.
Khazanah Nasional catat untung operasi RM5.1 bilion pada 2024
Khazanah Nasional Berhad mencatat keuntungan operasi sebanyak RM5.1 bilion bagi tahun kewangan 2024, berbanding RM5.9 bilion pada 2023.
Sidang Dewan Rakyat kecoh, bilangan Ahli Parlimen tidak cukup korum
Sidang Dewan Rakyat kecoh susulan isu bilangan Ahli Parlimen yang hadir didapati tidak cukup korum pada sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, pada Rabu. #AWANInews
NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya: Petanda positif pertumbuhan populasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gunung Berapi Mayon: 1,600 penduduk alami jangkitan pernafasan di Filipina
Sekurang-kurangnya 1,624 orang yang hilang tempat tinggal akibat Gunung Berapi Mayon di Filipina dilaporkan mengalami jangkitan pernafasan akut.
20,000 penduduk terjejas letusan gunung berapi di Filipina
Letusan itu telah menjejaskan lebih 38,000 penduduk dan lebih 20,000 penduduk ditempatkan di 27 pusat pemindahan.
Ancaman letusan gunung berapi, ribuan penduduk Filipina dipindahkan
Gunung Berapi Mayon yang terkenal dengan bentuk kon yang sempurna, menghasilkan arus ketumpatan piroklastik atau aliran panas abu dan serpihan berikutan kubah lahar di puncak runtuh.