GENEVA: Kemunculan pandemik COVID-19 sejak tahun lepas mengakibatkan gangguan terhadap perkhidmatan kesihatan hingga mengakibatkan 23 juta kanak-kanak di seluruh dunia terlepas vaksinasi rutin bagi penyakit campak, difteria, dan tetanus, menurut satu kajian bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan UNICEF.
"Seramai 23 juta kanak-kanak terlepas janji temu vaksin asas pada 2020 - pertambahan sebanyak 3.7 juta kes berbanding 2019," kata kedua-dua pertubuhan antarabangsa itu dalam satu siaran akhbar.
WHO dan UNICEF berkata kemungkinan 17 juta kanak-kanak tidak memperoleh walau satu suntikan vaksin tahun lepas, dan memberi amaran keadaan ini bakal mengakibatkan masalah kesihatan, lapor Sputnik.
"Kemunculan pelbagai wabak penyakit bakal mencetuskan bencana dalam masyarakat dan sistem kesihatan kini sibuk memerangi COVID-19, menjadikan pelaburan untuk program vaksinasi kanak-kanak semakin mendesak selain memastikan setiap daripada mereka menerima vaksin," kata ketua pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebeyesus.
Perkhidmatan vaksinasi rutin kanak-kanak di Asia Tenggara dan Mediterranean Timur antara yang terjejas teruk, menurut WHO.
Lebih tiga juta kanak-kanak gagal mendapat suntikan pertama campak manakala 3.5 juta lagi tidak menerima dos pertama vaksin DTP-1, iaitu vaksin tiga serangkai untuk difteria, tetanus, dan pertussis, berbanding 2019.
Inisiatif Agenda Imunisasi 2030, mengabungkan WHO, UNICEF dan Gavi, bertujuan memastikan 90 peratus liputan vaksin utama di seluruh dunia.
Bernama
Thu Jul 15 2021

WHO dan UNICEF berkata kemungkinan 17 juta kanak-kanak tidak memperoleh walau satu suntikan vaksin tahun lepas, dan memberi amaran keadaan ini bakal mengakibatkan masalah kesihatan. - Gambar hiasan

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

WHO desak perjanjian pandemik baharu selepas AS tarik diri
Tiada negara boleh melindungi diri sendiri daripada pandemik yang akan datang secara bersendirian.

Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM
Malaysia tidak menunjukkan trend peningkatan kes influenza dan tidak merekodkan sebarang kes selesema burung (avian influenza) dalam kalangan manusia, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

AS tarik diri, Mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO dijangka berlangsung dalam suasana krisis
Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin dijangka berlangsung dalam suasana krisis berikutan kesan daripada keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk menarik diri.

Keputusan AS keluar WHO hanya rugikan rakyat sendiri - Penganalisis
Keputusan Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak memberi kesan yang ketara kepada sistem kesihatan global.

Trump keluarkan AS daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia
Presiden Donald Trump menandatangani perintah eksekutif untuk mengeluarkan Amerika Syarikat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin.

Trump arah Amerika Syarikat tarik diri dari WHO sekali lagi
Perintah eksekutif ini, yang dibuat pada hari pertama penggal kedua Trump, memenuhi janjinya untuk menolak institusi global.

AS$10 bilion diperlukan untuk pulihkan sistem kesihatan Gaza - WHO
WHO memerlukan akses yang pantas, tanpa halangan dan selamat untuk mempercepatkan aliran bantuan ke Gaza.

Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO
Wabak disyaki virus Marburg di Tanzania menjangkiti sembilan individu dan mengakibatkan lapan kematian setakat ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).