GAZA : Perang berterusan di Gaza dan pendudukan Israel di laluan Rafah, yang menghubungkan Gaza ke Mesir, telah menghalang 2,500 rakyat Palestin daripada menunaikan ibadah haji tahun ini, menurut Kementerian Wakaf di Semenanjung Gaza.
Ini adalah "pelanggaran kebebasan beragama yang jelas," kata jurucakap kementerian Ikrami Al-Mudallal, bercakap kepada Agensi Anadolu (AA).
Konflik itu telah mengganggu persiapan haji biasa kementerian, termasuk menandatangani kontrak pengangkutan di Mesir dan Arab Saudi serta menempah penginapan di Mekah dan Madinah, tambah Al-Mudallal.
Al-Mudallal menyatakan bahawa "penutupan laluan Rafah dan konflik yang berterusan telah menghalang 2,500 jemaah Gaza, termasuk misi yang mengiringi, daripada melakukan perjalanan untuk menunaikan haji."
"Kumpulan ini mewakili 38 peratus daripada keseluruhan 6,600 jemaah Palestin," katanya.
Al-Mudallal berkata kementerian sedang berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan di Arab Saudi dan Mesir untuk menangani apa yang mereka sifatkan sebagai "pelanggaran ketara" terhadap hak jemaah Palestin dan mencari jalan untuk mereka menunaikan haji. Beliau memberi jaminan bahawa jemaah haji yang terjejas tahun ini "tidak akan kehilangan hak mereka untuk menunaikan haji tahun depan, dengan keutamaan diberikan kepada mereka," terutamanya kerana ramai yang menunggu giliran dan 70 peratus adalah warga emas atau sakit.
Tahun ini, jemputan diraja Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz untuk menempatkan 500 jemaah daripada keluarga mereka yang terbunuh dan cedera di Gaza telah diagihkan kepada keluarga di luar Semenanjung Gaza, menurut Al-Mudallal.
"Tindakan ini membolehkan mereka yang telah meninggalkan Gaza untuk menunaikan haji, memelihara hak Gaza terhadap jemputan diraja itu," katanya.
Pada 6 Jun lepas, Raja Arab Saudi mengarahkan penganjuran luar biasa membabitkan 1,000 jemaah daripada keluarga Gaza yang terkorban dan cedera sebagai sebahagian daripada Program Tetamu Haji dan Umrah Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi.
Jemaah haji ini dipilih daripada mereka yang telah meninggalkan Gaza sama ada disebabkan perang atau untuk rawatan perubatan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 14 2024
Penutupan laluan Rafah dan konflik yang berterusan telah menghalang 2,500 jemaah Gaza untuk menunaikan haji. - Foto AP
Pemindahan besar-besaran selepas kebakaran baharu meletus berhampiran LA
Kebakaran ini berlaku ketika kawasan Los Angeles masih pulih daripada dua kebakaran besar yang telah mengorbankan lebih 24 orang.
AWANI Pagi: Perpustakaan kreatif, suntik ilmu untuk komuniti
Diskusi AWANI Pagi 8.30 bersama Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Datin Paduka Mastura Muhamad mengupas sisi lain peranan perpustakaan untuk membantu komuniti khususnya golongan B40 mendapat akses lebih baik dalam pendidikan.
Siti Mastura bayar saman RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP
Siti Mastura telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman kepada tiga pemimpin DAP.
Rangkuman Lawatan Delegasi Malaysia ke WEF 2025 di Davos
Saksikan bagaimana delegasi Malaysia mengangkat naratif ASEAN di Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland. Selain memacu perbincangan global, delegasi turut memanfaatkan peluang untuk menarik pelaburan dan memperkukuh hubungan perdagangan antarabangsa.
Dialog WEF PM Anwar: Daripada Manchester United, cabaran serantau, hingga imbangi dinamik kuasa besar global
Keupayaan Perdana Menteri mengimbangi perbualan dalam perbincangan beliau mempamerkan kedudukan unik Malaysia dalam diplomasi global.
Tenaga, Ketersambungan, dan Keterangkuman
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfokuskan sektor tenaga dan ketersambungan, termasuk Grid Kuasa ASEAN dan teknologi alternatif. Beliau menekankan keterangkuman, pembangunan digital, kecerdasan buatan (AI), dan kerjasama strategik dalam menangani cabaran iklim, ekonomi, dan keamanan serantau.
ASEAN perlu cipta acuan sendiri, bukan ikut rentak barat - Muhammad Yunus
Profesor Muhammad Yunus, Ketua Penasihat Kerajaan Bangladesh, menyarankan agar ASEAN mencipta acuan sendiri dalam pelbagai aspek dan tidak terikut rentak Barat. Beliau menekankan bahawa model memaksimumkan keuntungan demi pertumbuhan tidak lagi relevan. Sebaliknya, pertumbuhan yang boleh diagihkan kepada rakyat terbanyak adalah acuan terbaik.
Industrial Star Rating: Will it help the Malaysian industrial sector?
Discover how the star rating system could transform Malaysian industrial parks, enhance global competitiveness, and strengthen supply chain resilience in strategic sectors with insights from Director, Research Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr Sulaiman Saheh.
BRICS & Hubungan ASEAN-China: Pendekatan Malaysia di WEF 2025
Penerangan:Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pembaharuan struktur kewangan global melalui IMF dan PBB sambil menekankan pentingnya BRICS dalam dialog Selatan Global. Beliau juga menegaskan peranan ASEAN, hubungan strategik dengan China, dan kepentingan Malaysia sebagai negara perdagangan bebas di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.
AWANI Ringkas: Struktur kewangan IMF & PBB perlu pembaharuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
“Sudah sampai masanya perang di Gaza ditamatkan” - Setiausaha Negara AS
Tebusan Israel harus dibebaskan dan satu rancangan jelas perlu diwujudkan untuk Israel berundur dari Gaza tanpa membenarkan Hamas kembali mentadbir di wilayah itu.
2,500 penduduk Gaza tidak dapat tunai haji akibat penutupan laluan Rafah
Perang berterusan di Gaza dan pendudukan Israel di laluan Rafah menghalang 2,500 rakyat Palestin daripada menunaikan ibadah haji tahun ini.
Perang Palestin-Israel: 33 wartawan terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober
Lapan pengamal media lain dilaporkan cedera, sementara sembilan lagi hilang atau telah ditahan.
Jordan batalkan sidang kemuncak bersama Biden, Sisi dan Abbas
Pertemuan itu hanya akan diadakan apabila semua pihak setuju untuk menamatkan perang dan pembunuhan besar-besaran terhadap penduduk Palestin.