Pasukan itu memaklumkan mereka ditahan di kawasan Shwe Kokko dan KK Park.
Secara keseluruhan, seramai 1,303 warga asing ditahan kerana memasuki Myanmar secara haram dari 30 Jan hingga Isnin, kata pasukan itu.
Ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membanteras perjudian dalam talian haram, penipuan telekomunikasi dan jenayah di kawasan sempadan, tambahnya.
-- BERNAMA
