BEIJING: Pusat Data Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China menganggarkan seramai 274 juta pelancong tempatan melancong di dalam negeri sepanjang cuti Hari Pekerja bermula 29 April hingga 3 Mei.
Ia sekali gus menyaksikan peningkatan 70.83 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu dengan jumlah pendapatan pelancongan mencatat RMB148.05 bilion (RM92.53 bilion) iaitu peningkatan sebanyak 128.9 peratus.
Pelancongan rentas wilayah yang jarak perjalanannya melebihi 300 kilometer turut mendapat sambutan baik daripada rakyat.
Pelbagai tempat turut menawarkan pakej pelancongan istimewa seperti pelancongan kota kuno, pelancongan kebudayaan dan pelancongan sukan yang secara tidak langsung membawa pengalaman baharu kepada pelancong.
Dalam tempoh percutian kali ini, jumlah pembayaran secara dalam talian menokok 22.7 peratus secara purata sehari berbanding seminggu sebelumnya.
Jika dilihat dari sudut jarak perjalanan, jumlah pelancong dalam wilayah menduduki 76.1 peratus dan jumlah pelancong rentas wilayah menduduki 23.6 peratus.
Sementara itu, jumlah pelancong ke seberang laut menduduki 0.3 peratus dan meningkat 44.4 peratus berbanding minggu sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 04 2023

Pusat Data Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China menganggarkan seramai 274 juta pelancong tempatan melancong di dalam negeri sepanjang cuti Hari Pekerja bermula 29 April hingga 3 Mei. - Gambar fail/AP

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ratusan warga China, Pakistan, Jepun selamat tiba di tanah air dari Sudan
Pakistan, China dan Jepun memindahkan kira-kira 750 rakyat masing-masing dari Sudan, kata pegawai pada Sabtu.

Gadis China kongsi tip pencegahan COVID-19 dalam bahasa Melayu jadi tular
Husna Liang menulis setiap entrinya di dalam Bahasa Melayu dan turut bertutur dalam bahasa yang sama dalam video yang dihasilkannya.

Jadikan China sebagai contoh untuk Malaysia jadi negara maju - Tun Mahathir
China berjaya menjadi kuasa dominan di peringkat global, dan kualiti rakyat negara itu seperti rajin berusaha, patut dicontohi rakyat di negara ini.

PM Thailand gesa tindakan diambil berhubung kes kekasaran terhadap pelancong China
Perdana Menteri Thailand Jen Prayut Chan-o-cha kesal dengan kejadian seorang pelancong lelaki China dikasari seorang pengawal keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang.