Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan kerjasama memerangi COVID-19 dengan melancarkan kempen yang diwakili pemain bola sepak terkenal dunia.
Kempen itu memberi penekanan kepada semua orang untuk mengikuti lima langkah utama menghentikan penyebaran penyakit ini.
Kempen ini selari dengan panduan WHO yang memberi tumpuan kepada mencuci tangan, etika batuk, tidak menyentuh wajah, jarak fizikal, dan tinggal di rumah jika berasa tidak sihat.
"FIFA dan presidennya Gianni Infantino terlibat secara aktif dalam menyampaikan mesej terhadap pandemik ini sejak awal lagi.
"Melalui kempen atau pembiayaan, FIFA bertegas dalam isu COVID-19 dan saya gembira bahawa bola sepak dunia menyokong WHO untuk kempen ini," kata Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus pada pelancaran maya kempen itu di ibu pejabat organisasi itu di Geneva, Switzerland.
Sementara itu, Gianni menjelaskan usaha menentang COVID-19 perlukan kerja berpasukan.
"FIFA telah bekerjasama dengan WHO kerana kepentingan kesihatan itu sendiri.
"Saya menyeru komuniti bola sepak di seluruh dunia untuk menyertai kami dalam menyokong kempen ini untuk menyampaikan mesej dengan lebih jauh lagi.
"Beberapa pemain hebat telah melibatkan diri dalam kempen itu dan bersatu dalam hasrat mencegah COVID-19," katanya.
Dua puluh lapan pemain terlibat dalam kempen video yang diterbitkan dalam 13 bahasa.
Mereka adalah Sami Al Jaber (KSA), Alisson Becker (BRA), Emre Belözoğlu (TUR), Jared Borgetti (MEX), Gianluigi Buffon (ITA), Iker Casillas (ESP) Dato (CHN), Samuel Eto'o (CMR), Radamel Falcao (COL), Laura Georges (FRA), Valeri Karpin (RUS), Miroslav Klose (GER) Lloyd (AS), Lionel Messi (ARG), Mido (EGY), Michael Owen (ENG), Park Ji-sung (KOR), Carles Puyol (ESP), Célia Šašić (CIV), Juan Sebastián Verón (ARG), Sun Wen (CHN) dan Xavi Hernández (ESP).
Satu kempen video, yang akan diterbitkan pada pemain dan saluran digital FIFA dan disediakan sebagai dokumen kepada 211 ahli persatuan FIFA dan agensi media, bersama-sama dengan kemudahan grafik untuk penyebaran mesej kempen lebih luas di media sosial.
Lima langkah utama untuk menghentikan penyebaran COVID-19
Tangan
"Ia bermula dengan tangan anda," kata Alisson Becker, Duta WHO untuk promosi kesihatan.
Beliau juga penjaga gol Liverpool FC dan Brazil selain Penjaga Gol Terbaik FIFA, 2019 menasihati semua untuk mencuci tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air atau cacair berasaskan alkohol.
Jelasnya, langkah itu dapat membunuh virus yang mungkin berada di tangan.
Tambahnya, walaupun ia nampak mudah namun sangat penting untuk diaplikasikan.
Siku
"Tutup hidung dan mulut menggunakan siku atau tisu apabila bersin atau batuk, keluarkan tisu segera dan basuh tangan anda," kata Carli Lloyd yang merupakan pemenang dua kali Piala Dunia Wanita FIFA dari Amerika Syarikat," katanya.
Nasihatnya, dengan mengikuti kebersihan pernafasan, ia usaha melindungi orang di sekeliling daripada diserang virus, seperti selesema dan COVID-19.
Wajah
"Elakkan menyentuh wajah anda, terutamanya mata, hidung atau mulut untuk mencegah virus memasuki badan," kata pemain Barcelona FC dan Argentina Lionel Messi.
Messi yang juga pemain Terbaik FIFA Lelaki pada 2019 dan pemenang FIFA Ballon d'Or menjelaskan fungsi tangan yang menyentuh banyak permukaan mungkin membawa mudarat.
"Sebaik sahaja tercemar, tangan boleh memindahkan virus ke wajah anda, di mana virus boleh bergerak ke dalam badan anda menjadikan anda berasa tidak sihat," ujarnya.
Jarak
"Dari segi interaksi sosial, ambil langkah yang selamat, sekurang-kurangnya satu meter dari orang lain," kata Han Duan, yang mewakili China 188 kali dalam kerjaya antarabangsa yang mencecah 11 tahun.
Jelasnya, dengan mengekalkan jarak sosial, ia membantu untuk mengelakkan jangkitan akibat titisan air halus selepas seseorang yang dijangkiti bersin atau batuk.
Rasa - tahu gejala anda
"Jika anda berasa tidak sihat, tinggal di rumah.
"Sila ikuti semua arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa kesihatan tempatan anda," kata Samuel Eto'o, bekas penyerang FC Barcelona dan Cameroon, yang mewakili negaranya sebanyak 114 kali.
Dapatkan rawatan perubatan sekiranya mengalami demam, batuk dan kesukaran bernafas, katanya lagi.
"Perlu dimaklumkan bahawa pihak berkuasa kesihatan tempatan memberikan maklumat terkini mengenai keadaan di kawasan anda.
"Sila ikuti arahan khusus dan hubungi mereka untuk membolehkan mereka mengarahkan anda ke kemudahan kesihatan tempatan yang sesuai.
"Ini melindungi anda dan membantu mencegah penyebaran virus dan jangkitan lain," jelasnya.
Agensi
Tue Mar 24 2020
WHO dan FIFA mengumumkan kerjasama memerangi COVID-19 dengan melancarkan kempen yang diwakili pemain bola sepak terkenal dunia. -Fifa.com
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Cip AI: Keperluan alternatif selain AS, China untuk kekal kompetitif
Malaysia menghadapi cabaran besar dalam usaha menjadi hab pusat data global, dengan kebergantungan kepada cip teknologi dari Amerika Syarikat dan konflik perdagangan antara AS dan China. Diversifikasi sumber teknologi dilihat sebagai langkah penting bagi memastikan pembangunan ekonomi negara tidak terjejas.
Permohonon diperkenan, Akhyar Rashid ucap terima kasih kepada TMJ
Akhyar Rashid, meluahkan penghargaan tak terhingga kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, atas peluang dan kesempatan yang diberikan kepadanya.
Harapan baru atau sekadar sementara ?
Sejauh mana gencatan senjata ini mampu bertahan, dan apakah langkah-langkah seterusnya untuk memastikan keamanan berterusan?
Bagi menjawab persoalan ini, kita akan bersama seorang pakar, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban, Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS) di Universiti Utara Malaysia.
Bagi menjawab persoalan ini, kita akan bersama seorang pakar, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban, Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS) di Universiti Utara Malaysia.
[TERKINI] Keputusan pendakwaan Kes Tan Sri Muhyiddin Yassin
Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi memutuskan, kesemua tujuh pertuduhan merangkumi empat tuduhan salah guna kuasa dan tiga kes pengubahan wang haram yang dihadapi bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan dibicarakan secara bersama.
Warga emas ditahan miliki dadah lebih 2kg di Muar
Polis menahan seorang warga emas setelah menemukan dadah yang disyaki syabu dan heroin seberat lebih dua kilogram di Sungai Abong.
Polis keluar larangan kutip kerang di Pantai Dungun
Larangan dibuat selepas pihaknya menerima beberapa laporan mengenai aktiviti tersebut yang membahayakan individu terlibat.
KPM sambut baik kerjasama dengan KKM bantu tingkatkan ketajaman penglihatan murid
Usaha ini memberi manfaat kepada murid dengan penglihatan yang baik, isu keciciran pembelajaran dapat ditangani sebaik mungkin.
Gencatan senjata bukan usaha tamatkan keadilan - CENTHRA
Menurut Pengasas dan Pengerusi Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) Azril Mohd Amin, untuk memastikan kekejaman ini tidak berulang, komuniti antarabangsa mesti memastikan perkara ini tidak berulang.
Pemain bola sepak, legenda dunia mula sertai kempen 'Eyes on Rafah'
BERIKUTAN tragedi yang sedang berlaku di Palestin, semua orang tidak kira di mana sedang bersatu menyatakan solidariti terhadap nasib yang menimpa rakyat di sana.
28 bintang bola sepak sertai kempen FIFA/WHO 'tumpaskan' COVID-19
FIFA dan WHO mengumumkan kerjasama memerangi COVID-19 dengan melancarkan kempen yang diwakili pemain bola sepak terkenal dunia.