Sekurang-kurangnya 29 gadis berusia antara tujuh hingga 17 tahun, yang dikurung di sebuah rumah perlindungan di Bihar, India timur selama beberapa bulan didakwa telah dirogol dan didera.
Seorang lagi mangsa, menurut polis, juga didakwa telah dibunuh dan mayatnya ditanam di dalam rumah tersebut.
Pihak polis tempatan telah memulakan proses menggali kawawsan rumah tersebut untuk mencari mayat gadis itu namun belum menemui apa-apa setakat ini.
Ketua polis daerah Muzaffarour, Harpreet Kaur berkata semasa merakamkan keterangan, beberapa gadis di situ mendakwa bahawa seorang penghuni telah dirogol, dibunuh dan ditanam.
"Semasa merakamkan kenyataan mereka, tiga daripada kanak-kanak perempuan tersebut memberitahu polis bahawa seorang daripada mereka telah dibunuh. Bagaimanapun kami belum menemui apa-apa lagi," katanya.
“Mereka hanya kanak-kanak dan ini perkara yang amat sensitif. Kami akan bertanya kepada mereka lagi jika terdapat tempat lain di mana mayat tersebut mungkin ditanam,” kata Harpreet lagi.
Beliau turut berkata pemeriksaan perubatan dijalankan terhadap 42 gadis yang ditemui di rumah tersebut.
"Laporan perubatan tidak menolak kemungkinan 29 kanak-kanak terlibat dengan deraan seksual.
Menurut data terkini, lebih daripada 100 kes kejadian wanita dirogol dilaporkan setiap hari di India pada 2016.
Tahun ini, kerajaan negara itu juga telah memperkenalkan hukuman mati bagi mereka yang merogol gadis di bawah 12 tahun.
Agensi
Tue Jul 24 2018
29 gadis yang berusia antara tujuh hingga 17 tahun, yang dikurung di sebuah rumah perlindungan di Bihar dirogol dan didera. - Gambar hiasan
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
10 hilang, bot terbalik di Bihar, India
Sekurang-kurangnya 10 orang hilang manakala 20 lagi berjaya diselamatkan selepas bot yang dinaiki terbalik di Bihar di timur India pada Khamis.
Kilat di Bihar India, 22 maut
Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh akibat petir melanda negeri Bihar timur India.
Jambatan merentasi Sungai Ganga sedang dibina runtuh buat kali kedua
Jambatan dengan kos pembinaan hampir RM1 juta itu merupakan jambatan empat lorong yang dibina antara Sultanganj di Bhagalpur dan Aguwani di daerah Khagaria, runtuh buat kali kedua.
11 pekerja terbunuh dalam kebakaran gudang
Kejadian di bandar Secunderabad negeri Telangana itu menyaksikan risiko keselamatan yang dihadapi pekerja migran miskin yang tinggal di bandar-bandar yang padat.
4,002 lagi kematian akibat COVID-19 dilaporkan di India
India mencatatkan lebih 4,002 lagi kematian akibat COVID-19 pada Sabtu, menurut Kementerian Kesihatan.
Berang 15 hari tidak 'dilayan', lelaki tembak isteri dan lempar 3 anak dalam terusan
Suspek menembak isterinya dipercayai kerana "enggan berhubungan intim dengannya secara fizikal" sejak 15 hari lalu.
Lebih 100 kanak-kanak di India mati akibat 'radang otak' selepas makan buah laici
Lebih 100 kanak-kanak di Bihar, India mati akibat daripada radang otak yang dipercayai berpunca daripada toksin yang terdapat pada buah laici.
Wanita dirogol ketika mandi, aksi dirakam
Seorang wanita India telah dirogol dengan kejam oleh dua lelaki dengan mengheretnya keluar dari Sungai Gangga ketika sedang mandi.
29 gadis bawah umur dirogol, didera di rumah perlindungan
29 gadis yang berusia antara tujuh hingga 17 tahun, yang dikurung di sebuah rumah perlindungan di Bihar selama beberapa bulan dirogol dan didera.
Remaja perempuan dinoda 19 lelaki termasuk gurunya sendiri
Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun mendakwa dia dirogol berulang kali oleh rakan sekelas dan gurunya dalam kejadian terbaharu di India.