Kejadian berlaku kira-kira 7.50 pagi (2350 GMT Ahad) apabila sebuah kereta putih tiba-tiba merempuh hentian teksi di Serangoon Central, melanggar sebuah teksi yang sedang berhenti dan tiga pejalan kaki, termasuk seorang wanita berusia 42 tahun, anak lelakinya dan seorang wanita berusia 48 tahun.
Pemandu teksi, seorang lelaki berusia 59 tahun, mengalami kecederaan ringan tetapi enggan dimasukkan ke hospital, menurut polis.
Pemandu kereta berusia 34 tahun itu kini membantu pihak berkuasa dalam siasatan.
-- BERNAMA