Kejadian berlaku sekitar 9.50 pagi waktu tempatan ketika kerja-kerja pembinaan di lebuh raya Seoul-Sejong.
Lima rasuk keluli sepanjang 50 meter yang menyokong jambatan runtuh satu demi satu semasa kerja-kerja pembinaan.
Kesemua lapan mangsa yang terkorban atau cedera berada di bawah jambatan itu ketika kejadian.
Agensi Bomba Kebangsaan mengerahkan anggotanya bagi mencari mangsa yang hilang dalam insiden itu.
Pemangku Presiden Choi Sang-mok mengeluarkan arahan kecemasan untuk menggunakan semua sumber dan tenaga kerja yang ada bagi operasi menyelamat.
-- BERNAMA
