WASHINGTON: Seramai tiga orang terbunuh manakala seorang lagi cedera parah dalam insiden tembakan rambang di Universiti Nevada, Las Vegas di Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.
Suspek turut terbunuh selepas dipercayai berbalas tembak dengan polis.
Ketua polis universiti Adam Garcia berkata pihak berkuasa menerima panggilan mengenai seorang penembak aktif pada 11.45 pagi waktu tempatan (1945GMT), lapor Agensi Anadolu.
Terdahulu Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas berkata suspek "telah dikesan dan telah meninggal dunia" selepas beberapa orang cedera di kampus.
Bagaimanapun, tidak jelas bagaimana suspek itu meninggal dunia.
Polis dalam satu hantaran di X berkata mereka berjaya menumpaskan suspek.
Syerif Kevin McMahill berkata tiada lagi ancaman yang berpunca daripada tembakan itu.
Menurut beliau motif serangan masih tidak diketahui dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Beliau berkata, seorang lagi mangsa yang cedera dalam keadaan kritikal dan menerima rawatan di sebuah hospital tempatan.
Sementara itu McMahill dijangka mengadakan satu sidang media pada lewat Rabu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 07 2023

Motif serangan masih tidak diketahui dan siasatan lanjut masih dijalankan. - Gambar/ AP

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Polis yakin suspek kes tembak Setia Alam ditahan dalam masa terdekat
Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin suspek kes tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Sabtu lepas akan ditahan dalam masa terdekat.

Insiden tembakan rambang di Washington ragut 5 nyawa termasuk 3 kanak-kanak
Seorang remaja lelaki ditahan susulan kematian lima orang termasuk tiga kanak-kanak dalam satu insiden tembakan di Washington.

2 maut, 19 cedera dalam insiden tembakan di Detroit
Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan 19 lagi cedera dalam satu insiden tembakan rambang di Detroit awal pagi Ahad, menurut laporan awal Polis Negeri Michigan.

Malaysia kecam serangan keganasan di Rusia
Malaysia menyertai masyarakat antarabangsa mengecam sekeras-kerasnya serangan keganasan di Moscow, Rusia.

Tembakan di dewan konsert di Moscow: ISIS mengaku bertanggungjawab
ISIS mengesahkan tindakannya menerusi kenyataan rasmi yang diterbitkan oleh agensi berita Amaq di aplikasi Telegram.

Seorang maut, lima cedera insiden tembakan di New York
Seorang terbunuh manakala lima lagi cedera dalam insiden tembakan di stesen kereta api bawah tanah di Bronx, New York pada Isnin, menurut polis tempatan, lapor Xinhua.

Seorang maut dalam insiden tembakan di pusat beli-belah di AS
Seorang lelaki maut manakala beberapa lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di bandar Ocala, Florida pada Sabtu, lapor Sputnik.

Republik Czech berkabung susulan insiden tembakan di universiti Prague
Bendera dikibar separuh tiang dan orang ramai bertafakur selama seminit mengenang kesemua mangsa terkorban.

Insiden tembakan di universiti di Prague, semua 14 mangsa dikenal pasti
Bukti menunjukkan lelaki itu adalah pelaku yang sama dalam kes pembunuhan di hutan Klanovicky berhampiran Prague seminggu lalu.

Tembakan Rambang: Republik Czech umum Sabtu sebagai hari berkabung
Petr Pavel berkata, insiden berkenaan merupakan satu bentuk kesedihan yang tidak dapat diungkap oleh masyarakat republik itu.