RAFAH: Sekurang-kurangnya 320 pemegang pasport asing serta sejumlah mangsa perang Gaza yang cedera meninggalkan wilayah bergolak di Palestin melintasi sempadan Rafah - satu-satunya pintu penghubung dengan negara jiran Mesir pada Rabu.
Kumpulan itu merupakan yang pertama mendapat kebenaran berbuat demikian hasil daripada perjanjian yang dicapai melalui perantara kerajaan Qatar, kata sumber pihak berkuasa Mesir serta pegawai-pegawai kanan Palestin.
Melalui perjanjian yang termeterai antara Mesir, Israel dan Hamas, seramai 81 mangsa yang cedera dan senarai awal 500 pemegang pasport antarabangsa dijangka dibenarkan meninggalkan Semenanjung Gaza dalam beberapa hari akan datang, jelas sumber dari beberapa negara asing kepada Reuters.
Sumber diplomatik pula berkongsi maklumat rancangan Mesir yang mahu memindahkan seramai 7,500 pemegang pasport asing dari Gaza dalam tempoh dua minggu akan datang, sambil menambah, Lapangan Terbang Al Arish akan dibenarkan untuk menerbangkan mereka keluar.
Kata sumber diplomatik itu lagi, berdasarkan rancangan awal juga, warga asing akan dipindahkan dari Gaza ke Kaherah melalui jalan darat sebelum dibenarkan menaiki pesawat pulang ke negara masing-masing dari ibu negara Mesir itu.
Keterbatasan rancangan pemindahan itu berlaku sejak tiga minggu lalu disebabkan Israel menutup akses sepenuhnya di Gaza, selain serangan udara yang dilancarkan telah menyebabkan wilayah bergolak itu mengalami kemusnahan yang teruk.
Dalam perkembangan sama, pegawai Palestin di Gaza berkata, warga asing akan menaiki enam buah bas yang ditempatkan di pintu sempadan itu dan akan melalui pemeriksaan keselamatan sebaik tiba di Mesir.
Terdahulu, sejumlah kecil mangsa yang cedera telah dipindahkan melalui ambulans dan menjalani pemeriksaan yang dikendalikan pasukan perubatan Mesir, dan kemudiannya merujuk mangsa-mangsa berkenaan ke pusat perubatan mengikut tahap kecederaan masing-masing.
Menurut Kementerian Kesihatan Mesir, seramai 16 mangsa dikejarkan ke beberapa hospital di utara Sinai, 11 ke Al Arish dan lima mangsa ke Bir al-Abd.
Mesir juga menyediakan hospital lapangan di Sheikh Zuweid yang jaraknya sekitar 15 kilometer dari Rafah untuk menyelamatkan mangsa perang Gaza.
Pemeriksaan kesihatan juga dikendalikan di sempadan berkenaan ke atas 117 warga asing sementara 35 kanak-kanak pula diberikan suntikan imunisasi.
Sejak tercetus perang pada 7 Oktober lalu, sekurang-kurangnya 8,796 rakyat Palestinian maut termasuk 3,648 kanak-kanak, kata jurucakap Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza.
Tentera Israel melancarkan serangan selepas pasukan pejuang Hamas memulakan serangan pada tarikh berkenaan menyebabkan kematian 300 tentera Israel, 1,100 orang selain menawan lebih 200 tebusan, dakwa pegawai kanan Israel.
Sehingga kini, masih belum ada sebarang pengesahan identiti atau warganegara mana-mana pemegang pasport asing yang pertama meninggalkan Gaza sejak perang tercetus.
Bagaimanapun, melalui senarai pasukan pertama warga asing yang diberi kebenaran meninggalkan Gaza, seperti dikongsi pihak berkuasa sempadan Gaza di akaun media sosial Facebook, menyenaraikan kumpulan rakyat asing itu ialah dari negara Jepun, Austria, Bulgaria, Indonesia, Jordan, Australia, Republik Czech dan Finland.
Senarai yang sama turut menyenaraikan petugas dari beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta Jawatankuasa Antarabangsa Pertubuhan Palang Merah.
Sumber dari kerajaan Qatar turut memaklumkan, warganegara dari negara Islam diberikan keutamaan, sementara rakyat dari negara-negara lain yang akan dipindahkan pula disenaraikan mengikut aturan abjad negara masing-masing.
Difahamkan, dua doktor Filipina yang berkhidmat dengan pasukan perubatan Doctors Without Borders (MSF) dijangka yang pertama akan meninggalkan Gaza, kata pegawai kanan Kementerian Luar Filipina.
Turki juga tidak ketinggalan sedang berurusan bagi membolehkan rakyatnya dipindahkan terlebih dahulu, kata Menteri Luarnya, Hakan Fidan.
Sempadan lintasan Rafahm yang di bawah kawalan Mesir, merupakan pintu masuk dan keluar utama ke Gaza dan dikawal ketat oleh tentera Mesir.
Lantaran peningkatan kawalan keselamatan oleh Mesir, hanya mereka yang sudah memperoleh jaminan keselamatan daripada pihak berkuasa Mesir dibenarkan melintasi sempadan.
Astro Awani
Wed Nov 01 2023

Dereten ambulans membawa rakyat Palestin yang cedera dalam serangan tentera rejim Zionis Israel melintasi sempadan Rafah ke Mesir. - Foto AP
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Pejuang Palestin dan aktivis teater Palestin, Zakaria Zubeidi akan dibebaskan hari ini
Zakaria Zubeidi merupakan antara 110 tahanan yang akan dibebaskan hari ini dalam pertukaran terbaharu antara Israel dan Hamas.

"Kurang orang bukan Islam sertai solidariti Palestin kerana fikir ini isu agama" - Mat Sabu
Cara solidariti rakyat malaysia terhadap perjuangan Palestin harus diubah dengan tidak hanya menekankan kepada soal agama Islam semata-mata.

Hamas rekrut 15,000 pejuang sejak bermula perang dengan Israel - Laporan
Bilangan pejuang Hamas yang terbunuh sepanjang tempoh perang dengan Israel hampir sama dengan jumlah rekrut baharu itu.

PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.

Komander Hamas muncul kembali di Gaza walaupun didakwa telah dibunuh oleh Israel
Tentera Israel mengakui, maklumat risikan mereka mengenai kematian Hussein Fayyadh tidak tepat.

Israel tangguh kelulusan gencatan senjata, AS kata perjanjian di landasan betul
Mesyuarat Kabinet Israel pada Khamis mengundi perjanjian tersebut ditangguhkan, dengan Israel menyalahkan Hamas atas kelewatan itu.

Presiden Lubnan gesa Israel komited pada perjanjian Gaza
Joseph Aoun harap "gencatan senjata di Gaza dapat mengakhiri keadaan tragik."

AS yakin gencatan senjata di Gaza akan bermula Ahad ini - John Kirby
Amerika juga sedang berusaha menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

‘Krisis saat akhir’ dengan Hamas lambatkan kelulusan gencatan senjata, perjanjian tebusan - Netanyahu
Kabinet Israel tidak akan bersidang untuk luluskan perjanjian sehingga Hamas menarik balik langkah yang didakwa melanggar sebahagian perjanjian.

Gencatan senjata: Hamas setuju bebaskan 34 tawanan perang dengan Israel
Sebarang perjanjian bergantung pada persetujuan untuk pengunduran Israel dari Gaza serta pelaksanaan gencatan senjata kekal.