ISTANBUL: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 38 cedera pada Isnin apabila bandar metropolis Istanbul di Turki dilanda ribut dan angin kencang, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD).
Setakat 8.30 malam (1730GMT), Pusat Panggilan Kecemasan 112 di Istanbul menerima 1,517 panggilan berkaitan ribut, lapor Agensi Anadolu memetik AFAD.
Perkhidmatan kecemasan bekerja keras mendapatkan bantuan untuk mangsa ribut, kata pejabat gabenor.
Bandar dengan lebih 15 juta penduduk itu mengalami angin kencang sejak pagi Isnin sehingga mengakibatkan pokok tumbang, bumbung rumah rosak dan sebuah menara jam runtuh.
Pegawai cuaca negeri berkata angin bertiup sekencang 129 kilometer sejam di daerah Beylikduzu, yang turut dilanda hujan lumpur semasa ribut.
Ribut mengakibatkan beberapa bot yang berlabuh di Maltepe dan Pendik mengalami kerosakan teruk, serta menyebabkan sebuah kapal kargo berlanggar dengan jeti di Pelabuhan Ambarli.
Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak berkuasa membatalkan pengangkutan laut dan menutup Selat Bosphorus - yang menghubungkan Marmara dan Laut Hitam - kepada semua laluan kapal dari kedua-dua arah.
Akibat keadaan angin berbahaya, syarikat penerbangan Turkish Airlines mengarahkan sekurang-kurangnya enam pesawat yang tidak dapat mendarat di lapangan terbang itu untuk terbang keluar Istanbul.
Seorang pegawai dalam satu kenyataan berkata sebahagian besar Turki akan terjejas oleh angin dan ribut kencang sehingga Selasa dan menggesa orang ramai untuk mengambil langkah berwaspada bagi menghindari bahaya semasa cuaca buruk.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 30 2021

Bandar dengan lebih 15 juta penduduk itu mengalami angin kencang sejak pagi Isnin sehingga mengakibatkan pokok tumbang, bumbung rumah rosak dan sebuah menara jam runtuh. - Foto REUTERS
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

4 terbunuh, 38 cedera ribut kencang badai Istanbul
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 38 cedera pada Isnin apabila bandar metropolis Istanbul di Turki dilanda ribut dan angin kencang