SELEPAS dua tahun bekerja dalam situasi pandemik, pekerja kini mendambakan fleksibiliti yang lebih besar apabila melibatkan waktu kerja mereka.
Perkara itu didedahkan dalam laporan Adobe, yang menyaksikan sebanyak 51 peratus pekerja perusahaan menginginkan pengaturan kerja yang fleksibel.
Laporan yang dijalankan pada 2021 bertajuk ‘The Future of Time’ itu melibatkan kajian di tujuh negara termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Perancis, Jerman serta Jepun.
Berdasarkan kajian yang membabitkan 5,500 responden itu, pekerja di Jerman merupakan kumpulan yang paling berminat untuk menerima waktu kerja yang fleksibel, dengan 56 peratus responden menyokongnya.
Pekerja Jerman juga merupakan kumpulan dengan peratusan tertinggi yang menjalani gaya hidup fleksibel pada masa ini, iaitu sebanyak 39 peratus.
Sementara itu, Jepun merekodkan peratusan terendah memiliki waktu kerja fleksibel dengan hanya 12 peratus.
Malah, sebanyak 48 peratus responden di negara matahari terbit itu menyatakan mereka ingin bekerja dengan cara yang kurang ketat pada masa hadapan.
Dalam perkembangan sama, kajian tersebut turut menyatakan generasi muda dilihat lebih mengambil berat terhadap jadual kerja mereka.
Ia ditunjukkan apabila 73 peratus kumpulan milenial menyatakan mereka akan menukar pekerjaan yang lebih fleksibel jika gaji dan skop kerja masih kekal sama.
Astro Awani
Mon May 09 2022

Selepas dua tahun bekerja dalam situasi pandemik, pekerja kini mendambakan fleksibiliti yang lebih besar apabila melibatkan waktu kerja mereka. -Gambar hiasan/Dagang News
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.
![[KOLUMNIS] Teliti kos dan faedah ekonomi jika mahu laksana waktu kerja fleksibel [KOLUMNIS] Teliti kos dan faedah ekonomi jika mahu laksana waktu kerja fleksibel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713710943_Office.jpg)
[KOLUMNIS] Teliti kos dan faedah ekonomi jika mahu laksana waktu kerja fleksibel
Pengaturan kerja fleksibel ini semakin ditekankan akibat perubahan landskap pasaran buruh pasca pandemik COVID-19.

#SuaraMalaysia: 36 peratus mahu waktu kerja fleksibel diberi tumpuan untuk tingkat produktiviti
Menerusi kaji selidik bertajuk 'Bagaimana kerajaan bantu produktiviti pekerja?', tiga jawapan kami berikan untuk dipilih oleh responden.

Waktu kerja fleksibel: Bukan paksaan tapi galakan - Sivakumar
Tiada sebarang paksaan terhadap majikan untuk melaksanakan waktu kerja fleksibel selaras dengan pindaan Akta Kerja 1955 yang akan dilaksanakan.

Pindaan waktu kerja fleksibel bakal dilaksana Kementerian Sumber Manusia
Pindaan Akta Kerja 1955 berkaitan waktu kerja fleksibel adalah antara perkara yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat, kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.

51 peratus mahu waktu kerja fleksibel - Kajian
Laporan yang dijalankan pada 2021 bertajuk The Future of Time itu melibatkan kajian di tujuh negara termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Perancis, Jerman serta Jepun.