NUR-SULTAN: Sekurang-kurangnya 60 orang cedera dalam letupan di sebuah depot senjata di daerah Bayzakov, Kazakhstan pada Khamis sehingga menyebabkan pihak berkuasa memindahkan penduduk di empat buah kampung yang berhampiran.
Kerajaan tempatan dalam satu kenyataan berkata, letupan itu berlaku di depot senjata Kementerian Pertahanan di wilayah selatan negara itu, Jambyl.
Kerajaan Jambyl menyatakan 60 orang termasuk 11 anggota tentera dimasukkan ke sebuah hospital di bandar Taraz kerana mengalami kecederaan.
Penduduk di empat buah kampung termasuk sebuah kampung yang terletak kurang satu kilometer dari lokasi letupan turut terlibat dalam proses pemindahan itu, kata kenyataan berkenaan.
Bagaimanapun, setakat ini letupan tersebut tidak melibatkan sebarang kematian.
Menurut Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan pula, kebakaran yang berlaku di salah satu depot di Jambyl telah menyebabkan berlakunya satu letupan.
Kementerian itu juga menyatakan jabatan bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran tersebut dan sebuah suruhanjaya ditubuhkan bagi menentukan punca kejadian.
Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev berkata menerusi Twitter, bahawa askar-askar dan pekerja-pekerja perkhidmatan kecemasan cedera dalam kejadian tersebut.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Fri Aug 27 2021

Sebuah depot senjata meletup dan terbakar di daerah Bayzakov, wilayah Jambyl pada Khamis. - Foto Agensi Anadolu/Getty Images

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

60 cedera letupan di depot senjata di Kazakhstan
60 orang termasuk 11 anggota tentera dimasukkan ke sebuah hospital di bandar Taraz kerana mengalami kecederaan.

Depot peluru meletup, 6,000 penduduk dipindahkan
Susulan insiden tersebut, pihak berkuasa mengisytiharkan darurat di rantau berkenaan.