NEW YORK: Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Selasa berkata kanak-kanak di Afrika berhadapan krisis yang belum pernah berlaku sebelum ini termasuk kelaparan, perpindahan, kekurangan air dan rasa tidak selamat, lapor Xinhua.
Lebih tujuh juta kanak-kanak di bawah umur lima tahun yang mengalami kekurangan zat makanan, memerlukan segera bantuan pemakanan dengan 1.9 juta kanak-kanak berisiko mati akibat kekurangan zat makanan yang teruk, menurut UNICEF.
Wilayah ini kini perlahan-lahan pulih daripada kemarau terburuk dalam tempoh 40 tahun. Akibat kekurangan hujan sepanjang tiga tahun lepas, masyarakat yang mudah terjejas itu hilang ternakan lembu, tanaman dan mata pencarian.
"Krisis di Afrika itu mengorbankan kanak-kanak. Krisis ini telah menyebabkan kanak-kanak tidak mendapat keperluan asas - makanan yang mencukupi, rumah, air yang selamat dan pendidikan," kata pengarah wilayah UNICEF untuk Afrika Timur dan Selatan, Mohamed Fall.
Di seluruh rantau ini, 23 juta orang di Ethiopia, Kenya dan Somalia terjejas akibat kekurangan makanan.
Selain keperluan pemakanan, cuaca yang melampau dan rasa tidak selamat turut memberi kesan buruk kepada wanita dan kanak-kanak selain risiko keganasan, eksploitasi seksual dan penderaan.
Penularan wabak termasuk taun, campak, malaria dan penyakit lain serta krisis iklim memburukkan lagi keadaan.
Harga makanan di pasaran tempatan yang tinggi membebankan kanak-kanak dan keluarga.
Pada 2022, menerusi sumbangan penderma, UNICEF dapat menyediakan perkhidmatan pencegahan kekurangan zat makanan kepada lebih 30 juta kanak-kanak dan ibu.
"Tahun ini, pembiayaan bukan sahaja akan membantu kanak-kanak pulih daripada ancaman krisis malah dapat membangunkan sistem yang lebih berdaya tahan dan mampan yang boleh menahan kesan dan kejutan iklim pada masa hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 23 2023

UNICEF pada Selasa berkata kanak-kanak di Afrika berhadapan krisis yang belum pernah berlaku sebelum ini termasuk kelaparan, perpindahan, kekurangan air dan rasa tidak selamat. - Foto fail/AP

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

7 juta kanak-kanak bawah lima tahun di Afrika diancam kebuluran - UNICEF
UNICEF pada Selasa berkata kanak-kanak di Afrika berhadapan krisis yang belum pernah berlaku sebelum ini termasuk kelaparan, perpindahan, kekurangan air dan rasa tidak selamat.