Kematian dan kecederaan itu dilaporkan pada Khamis semasa acara yang diadakan di beberapa kawasan di negeri Tamil Nadu, selatan India.
Laporan menyatakan dua ekor lembu jantan turut mati dalam insiden berasingan.
Seekor lembu mati ketika acara di Pudukkottai, manakala seorang pemilik lembu dan lembunya maut di Kampung Siravayal, Daerah Sivaganga, dalam acara menjinakkan lembu.
Pegawai berkata, kebanyakan kematian dan kecederaan berlaku di luar gelanggang, tempat pemilik lembu biasanya mengumpulkan lembu mereka selepas acara berlangsung di hadapan ribuan penonton.
- BERNAMA-XINHUA