HATYAI (Selatan Thailand): Lebih 100,000 orang di lima wilayah di selatan Thailand kehilangan pekerjaan, termasuk 70,000 warga tempatan yang pulang dari Malaysia berikutan penutupan sempadan kedua-dua negara akibat penularan COVID-19.
Setiausaha Agung Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC) Somkiat Polprayoon berkata jumlah itu termasuk mereka yang terlibat dalam perniagaan dan industri pelancongan di selatan Thailand seperti pemandu van pelancong dan tuk-tuk, tukang urut serta pekerja di restoran dan kedai makan.
"Ekonomi Thailand yang bergantung kepada pelancong asing terjejas teruk sejak negara itu dilanda pandemik COVID-19 khususnya apabila sempadan negara ditutup untuk mengekang penularan COVID-19," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini pada Jumaat.
Selain itu, pelaksanaan perintah berkurung dan langkah-langah pencegahan seperti penutupan premis dan perniagaan seperti tempat hiburan, pawagam, taman awam, zoo, muzium dan klinik kecantikan turut menyebabkan pekerja tempatan kehilangan pekerjaan.
Thailand kini berdepan gelombang ketiga COVID-19 sejak April lalu menyaksikan kes di negara ini mencecah 1.35 juta kes dan 13,920 kematian.
Usaha sedang dibuat untuk membantu mereka mendapat peluang pekerjaan termasuk di Malaysia.
Somkiat berkata SBPAC akan bekerjasama dengan Kementerian Buruh, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar Thailand untuk mengenal pasti mereka yang sesuai dan mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian untuk bekerja di Malaysia.
"Berdasarkan cadangan awal, 400 pekerja Thailand akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat," katanya.
Sementara itu, Konsul Jeneral Thailand ke Kota Bharu, Mongkol Sinsomboon berkata pihak konsulat dan SBPAC sedang berusaha untuk membantu pekerja Thailand masuk semula ke Malaysia secara sah untuk bekerja di syarikat kelapa sawit.
"Kumpulan pekerja yang bakal masuk ke Malaysia berusia 21 hingga 45 tahun dan sudah menerima suntikan vaksin COVID-19. Kami sedang menunggu kebenaran daripada pihak Malaysia," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Pelancongan dan Perdagangan Halal Thai-ASEAN, Rachen Attamart berkata lebih 90 peratus hotel di Songkhla terpaksa tutup sementara berikutan ketiadaan pelancong asing.
Beliau merangkap ketua pegawai eksekutif Jannaty Hotel Hatyai di Songkhla berkata sejak Jun tahun ini, terdapat beberapa hotel telah diubah suai menjadi pusat kuarantin untuk rakyat Thailand yang pulang dari luar negara.
Selain itu, beliau berkata terdapat hotel yang dijadikan tempat penginapan pekerja-pekerja kilang di bawah inisiatif 'gelembung dan tutup' dengan pekerja kilang yang negatif virus itu perlu menginap di hotel sehingga keadaan COVID-19 reda.
"Selagi pintu sempadan tidak dibuka dan tiada pelancong asing, kehidupan penduduk tempatan akan terjejas khususnya mereka yang terlibat dalam industri pelancongan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 10 2021

Thailand kini berdepan gelombang ketiga COVID-19 sejak April lalu menyaksikan kes di negara ini mencecah 1.35 juta kes dan 13,920 kematian. - Gambar hiasan / Reuters
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.

Hampir 300,000 hilang kerja sejak 2020, sektor pembuatan tertinggi
Sebanyak 293,639 individu kehilangan pekerjaan dari tempoh 2020 hingga 27 September lalu.

Gaza hilang 66 peratus pekerjaan
Gaza kehilangan hampir 66 peratus pekerjaan sejak konflik Israel-Hamas tercetus pada 7 Okt, menurut data Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan Biro Statistik Pusat Palestin (PCBS) pada Rabu.

4.5 juta rakyat Malaysia mungkin hilang pekerjaan jika tidak tingkat kemahiran
Seramai 4.5 juta rakyat Malaysia berkemungkinan hilang pekerjaan menjelang 2030, sekiranya mereka tidak meningkatkan kemahiran (reskilling) dan melaksanakan latihan semula (upskilling).

Peralihan kepada agenda hijau perlu berperingkat, elak hilang kerja - Tengku Zafrul
Peralihan kepada agenda hijau perlu dilaksanakan secara berperingkat kerana perubahan secara pesat berpotensi membawa kesan limpahan negatif seperti kehilangan pekerjaan, kata Tengku Zafrul.

Penjaja di lampu isyarat muncul kembali
Pemandu mempunyai titik buta yang menyukarkan mereka mengesan kehadiran penjaja, sekali gus membahayakan golongan tersebut yang terdedah kepada risiko kemalangan.

3,643 orang hilang pekerjaan di Perak sejak Mac 2020
Ia ekoran penutupan beberapa sektor seperti perkilangan, perkhidmatan dan perhotelan akibat pandemik COVID-19.

Sektor pelancongan: Lebih ramai wanita terkesan akibat COVID-19 - Nancy
Lebih ramai pekerja wanita dalam sektor pelancongan di seluruh dunia kehilangan pekerjaan akibat COVID-19 berbanding lelaki.

Jumlah individu hilang pekerjaan antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Perkara itu akan diajukan Su Keong Siong (PH-Kampar) kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

70,000 rakyat selatan Thailand hilang kerja di Malaysia akibat COVID-19
Jumlah itu termasuk mereka yang terlibat dalam perniagaan dan industri pelancongan, seperti tukang urut dan pekerja restoran.