NEW DELHI: Kerajaan Pakistan telah menahan lebih 7,000 penyokong pemimpin pembangkang yang juga bekas perdana menteri Imran Khan di seluruh negara.
"Beribu-ribu orang ditahan tanpa akses kepada peguam. Mereka telah ditangkap secara haram tanpa mengikut proses undang-undang," kata pemimpin kanan Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) Hammad Azhar pada malam Isnin.
"Hampir kesemua mereka tidak dihadapkan di hadapan majistret dalam tempoh 24 jam mengikut undang-undang. Ini adalah penculikan secara haram," katanya.
Tindakan keras terhadap PTI dan penyokongnya dipergiat minggu lalu selepas penahanan Imran oleh pasukan separa tentera Renjer pada 9 Mei mencetuskan protes di seluruh negara.
Ramai orang terbunuh dan cedera dalam pertempuran dengan pihak polis ketika protes itu.
PTI dalam catatan di media sosial mendakwa pasukan keselamatan telah memberkas penyokong parti, ahli parlimen dan ahli keluarga mereka, termasuk wanita.
Ia berkata "ratusan daripada mereka dilaporkan diseksa untuk memberi kenyataan palsu" terhadap kepimpinan parti.
Shandana Gulzar Khan, bekas ahli parlimen, berkata "kami dikepung" dan ramai pemimpin wanita kekal dalam tahanan.
Tindakan itu dipergiat di wilayah Punjab dan Khyber Pakhtunkhwa, dua wilayah di bawah pentadbiran sementara, selepas PTI melepaskan jawatan pada Januari untuk mendapat mandat baharu.
Pilihan raya belum diumumkan di kedua-dua wilayah itu walaupun terdapat peruntukan perlembagaan yang menetapkan bahawa ia mesti diadakan dalam tempoh 90 hari selepas pembubaran dewan.
Imran berkata pada Isnin 7,000 orang, termasuk pegawai tertinggi PTI telah ditangkap.
Kerajaan menyalahkan penyokongnya atas keganasan di pelbagai lokasi, termasuk di beberapa kemudahan berkaitan tentera ketika protes minggu lalu.
Tentera Pakistan pada Isnin berkata mereka yang terlibat dalam serangan terhadap kemudahan dan kakitangan tentera "akan dibawa ke muka pengadilan melalui perbicaraan di bawah undang-undang berkaitan termasuk Akta Tentera Pakistan."
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat komander, tentera memaklumkan bahawa "tiada lagi halangan untuk menahan pelaku, perosak dan penyerang kemudahan tentera dalam apa jua keadaan."
Imran dalam satu kenyataan video berkata keganasan itu adalah sebahagian daripada plot tersusun dan menyalahkan agensi keselamatan kerana turut terlibat.
"Kami mempunyai bukti yang mencukupi untuk dikemukakan kepada mana-mana siasatan bebas bahawa pembakaran dan tembakan di beberapa tempat dilakukan oleh agensi yang mahu menimbulkan kekacauan dan menyalahkan PTI supaya tindakan keras ketika ini adalah wajar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 16 2023

Pegawai polis menahan beberapa wanita penyokong Imran Khan yang mengadakan 'protes kebebasan sebenar', menuntut 'Selamatkan Perlembagaan - Selamatkan Pakistan', di Islamabad, Pakistan, 14 Mei 2023. REUTERS

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Bekas PM Pakistan Imran Khan didakwa dalam kes serangan ibu pejabat tentera
Khan dan sekitar 100 pekerja serta pemimpin parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) yang dipimpinnya, mengaku tidak bersalah.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penyokong Imran Khan batalkan protes
Parti bekas perdana menteri Pakistan yang dipenjarakan, Imran Khan pada Rabu membatalkan protes di ibu negara Islamabad selepas tindakan keras oleh pasukan keselamatan.

Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.

Mahkamah benarkan Imran Khan diikat jamin dalam kes rasuah, keluarkan perintah pembebasannya
Sebuah mahkamah tinggi Pakistan pada Rabu membenarkan bekas Perdana Menteri Imran Khan yang sedang dipenjarakan atas tuduhan rasuah diikat jamin dan mengeluarkan perintah pembebasannya.

Isteri bekas PM Pakistan bebas, dibawa ke kawasan mewah di Islamabad
Pembebasan Bushra Bibi disifatkan kelegaan undang-undang terbesar bagi Khan dan keluarganya sejak beliau dipenjara pada Ogos tahun lalu.

Imran Khan mohon jadi Canselor Universiti Oxford
Sebagai alumni Oxford, akan menjadi sesuatu yang gemilang untuk melihat Imran menjadi Canselor, kata partinya.

Kerajaan Pakistan akan haramkan parti bekas PM Imran Khan yang dipenjara
Menteri Penerangan Attaullah Tarar berkata kerajaan akan memfailkan permohonan di Mahkamah Agung selepas mendapat kelulusan Kabinet.

Dakwaan salah guna kuasa, bekas PM Pakistan Imran Khan direman - Laporan
Sebuah mahkamah di Pakistan pada Isnin mengarahkan bekas Perdana Menteri Imran Khan dan isterinya Bushra Bibi direman sehingga 22 Julai untuk membantu siasatan kes penyalahgunaan kuasa.

Calon bebas disokong PTI dominasi Pilihan Raya Pakistan
Calon bebas yang mendapat sokongan parti bekas perdana menteri Imran Khan dilaporkan mendominasi PRU Pakistan selepas SPR mengumumkan keputusan rasmi pada Ahad.