SIEM REAP: Sekurang-kurangnya 9,065 keluarga yang menetap haram di Taman Arkeologi Angkor seluas 401 km persegi telah menawarkan diri untuk ditempatkan semula di kawasan baharu yang ditetapkan, kata Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen pada Jumaat.
Kawasan penempatan semula terletak di perkampungan eko Run Ta Ek di daerah Banteay Srei dan kawasan Pak Sneng di daerah Angkor Thom, di luar taman Angkor, lapor Xinhua.
Bercakap semasa lawatan kali ketiga ke isirumah yang dipindahkan, Hun Sen berkata pemindahan penduduk itu bertujuan mengekalkan keindahan taman Angkor, yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai tapak warisan dunia sejak 1992.
"Semasa kami mencalonkan Angkor sebagai tapak warisan dunia, kami menerima semua terma dan syarat yang dikehendaki oleh UNESCO, oleh itu kami perlu mematuhi terma dan syarat itu, atau Angkor akan dikeluarkan daripada senarai warisan dunia," katanya.
Setiap keluarga yang dipindahkan menerima sebidang tanah berukuran 20 meter lebar dan 30 meter panjang, dan kad pengenalan kemiskinan, yang membolehkan mereka mengakses bantuan tunai bulanan dan penjagaan kesihatan percuma selama 10 tahun.
Kerajaan Kemboja mula memindahkan setinggan keluar dari Angkor selepas UNESCO memberi amaran bahawa tapak purba itu boleh ditarik balik daripada Senarai Warisan Dunia memandangkan terlalu banyak binaan haram di situ yang bertentangan dengan terma dan syarat yang ditetapkan..
Bilangan sebenar keluarga yang masih tinggal di kawasan Angkor tidak diketahui.
Angkor adalah destinasi pelancongan paling popular di negara di Asia Tenggara itu. Tapak berkenaan merekodkan 134,152 pelancong asing dalam tempoh sembilan bulan pertama 2022, meningkat 2,075 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas, kata Angkor Enterprise milik kerajaan.
Tapak arkeologi itu memperoleh ASS5.36 juta hasil daripada jualan tiket dari Januari hingga September tahun ini, atau peningkatan 2,012 peratus tahun ke tahun.
Sebelum pandemik COVID-19, Angkor menarik sehingga 2.2 juta pelancong antarabangsa pada 2019, dengan pendapatan kasar sebanyak AS$99 juta hasil jualan tiket.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 21 2022

UNESCO beri amaran tapak purba itu boleh ditarik balik daripada Senarai Warisan Dunia kerana terdapat banyak binaan haram di sekelilingnya. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

Kemboja kembali raikan pesta Sankranta di Angkor selepas pandemik
Kemboja kembali meraikan festival Sankranta, atau sambutan Tahun Baharu Khmer di Taman Arkeologi Angkor pada Jumaat, lapor Xinhua.

Kematian seekor gajah tunggangan pelancong cetus kemarahan orang ramai
Baru- baru ini, seekor gajah betina maut akibat serangan jantung selepas digunakan sebagai tunggangan pelancong di Angkor Wat. Isu ini telah mencetuskan kemarahan beberapa pihak.

Kemboja 'marah' pemerintah India mahu bina replika Angkor Wat
Kerajaan Kemboja menyifatkan 'salinan' kompleks Angkor Wat itu sebagai merampas nilai komersial sekali gus mencabul status tapak warisan dunia.