ACCRA: Sekurang-kurangnya sembilan orang mati ditembak dan beberapa lagi cedera apabila sekumpulan lelaki bersenjata yang tidak dikenali menembak sebuah bas di Wilayah Timur Hulu Ghana, kata seorang pegawai kepada Xinhua pada lewat Khamis.
Mangsa diserang ketika dalam perjalanan dari Bawku, sebuah komuniti bandar yang bergolak di wilayah itu, ke pasar di negara jiran Burkina Faso, kata Zubeiru Abdulai, ketua eksekutif daerah Pusiga.
"Peniaga terbabit berkonvoi dengan polis pengiring berikutan serangan bersenjata yang kerap berlaku di dalam dan di sekitar Bawku apabila lelaki bersenjata yang tidak dikenali tiba-tiba melepaskan tembakan ke arah bas dari jarak dekat di sekitar Pusiga, menyebabkan sembilan orang maut dan yang lain cedera."
Abdulai berkata pasukan keselamatan bertindak pantas dengan melancarkan gerakan memburu penyerang.
Sehingga kini tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 22 2023
Mangsa diserang ketika dalam perjalanan dari Bawku, sebuah komuniti bandar yang bergolak di wilayah itu, ke pasar di negara jiran Burkina Faso. - Gambar hiasan
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
Britain pulangkan set pakaian emas Ghana yang dirompak pada abad ke 19
Britain memulangkan semula set pakaian emas Ghana yang dirompak daripada Raja Asante pada abad ke-19.
9 maut lelaki bersenjata serang bas di Ghana
Sekurang-kurangnya sembilan orang mati ditembak dan beberapa lagi cedera apabila sekumpulan lelaki bersenjata yang tidak dikenali menembak sebuah bas di Wilayah Timur Hulu Ghana.
Ghana sahkan nyamuk Anopheles stephensi, vektor pembawa malaria baharu
Ghana mengesahkan buat kali pertama, nyamuk Anopheles stephensi sebagai vektor pembawa malaria baharu, menurut Perkhidmatan Kesihatan Ghana (GHS) Sabtu.
8 pelajar mati lemas selepas bot karam di Ghana
Lapan pelajar sekolah di Wilayah Timur Bono Ghana mati lemas pada Selasa selepas bot yang membawa mereka ke sekolah terbalik di Tasik Volta, menurut pegawai.
Piala Dunia Qatar: Jaringan Kudus pastikan Ghana sekat kebangkitan Korea Selatan
Jaringan Mohammed Kudus memastikan Ghana menyekat kebangkitan yang cuba dilakukan Korea Selatan, sekali gus menang 3-2 dalam perlawanan Kumpulan H, Piala Dunia Qatar.
Piala Dunia Qatar: Ketua jurulatih Ghana tuduh pengadil berat sebelah
Ghana berasakan keputusan pengadil tidak tepat dan percaya Mohammed Salisu memenangi bola atas cabarannya ke atas Ronaldo.
Piala Dunia Qatar: Portugal atasi ujian mendebarkan Ghana
Ronaldo menyempurnakan sepakan penalti untuk merobek gawang kental Ghana dalam aksi pembukaan Kumpulan H mereka.
Ghana sahkan kes pertama virus Marburg
Virus yang amat mudah berjangkit itu dikatakan daripada keluarga sama dengan virus penyebab Ebola.
20 maut, trak bawa bahan letupan perlombongan meletup
Letupan berlaku di Apiate apabila motosikal itu masuk ke lorong trak dan melanggarnya.
AFCON: Juara empat kali diaib pasukan kerdil
Ghana tersingkir daripada Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) selepas mereka mengalami kekalahan mengejut 2-3 kepada Comoros.