RAMALLAH (Palestin): Presiden Palestin Mahmoud Abbas menggesa Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan pentadbirannya campur tangan menghentikan tindakan Israel di wilayah Palestin, terutamanya di Baitulmaqdis Timur, lapor Xinhua.
Abbas membuat permintaan itu pada Khamis ketika mengadakan pertemuan dengan Pemangku Penolong Setiausaha Negara AS bagi Hal Ehwal Timur Tengah Yael Lambert dan Timbalan Penolong Setiausaha Negara bagi Israel dan Hal Ehwal Palestin Hady Amr, di bandar Ramallah Tebing Barat.
Abbas memberitahu dua wakil AS bahawa "Israel perlu segera menghentikan serangan terhadap rakyat Palestin dan menghormati sepenuhnya undang-undang dan sejarah Masjid Al-Aqsa," lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Abbas menganggap Israel bertanggungjawab sepenuhnya terhadap situasi yang semakin meruncing di wilayah Palestin, terutamanya di Baitulmaqdis Timur dan di Masjid Al-Aqsa.
"Keengganan Israel menghentikan tindakan unilateral dan mematuhi perjanjian yang ditandatangani, membenarkan pemimpin Palestin melaksanakan keputusan Majlis Pusat PLO dalam masa terdekat," kata Abbas.
Beliau memberi amaran terhadap peningkatan pencerobohan Israel di bandar, kampung dan kem Palestin, pembunuhan rakyatnya dan "serangan kejam di Tebing Barat, akan membawa kepada akibat lagi buruk."
"Adalah penting mewujudkan persefahaman politik hingga membawa kepada penamatan pendudukan Israel di wilayah Palestin," kata Abbas, sambil menggesa pembukaan semula Konsulat AS di Baitulmaqdis Timur.
Dua diplomat tinggi AS itu melawat Israel, Jordan dan Tebing Barat dalam usaha menamatkan ketegangan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
Ketegangan antara Israel dan Palestin memuncak sejak beberapa minggu lalu susulan perayaan Yahudi Passover bertindih dengan Ramadan, bulan suci umat Islam.
Perkarangan Masjid Al-Aqsa merupakan tapak suci bagi umat Islam dan Yahudi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 22 2022

Abbas menganggap Israel bertanggungjawab sepenuhnya terhadap situasi yang semakin meruncing di wilayah Palestin, terutamanya di Baitulmaqdis Timur dan di Masjid Al-Aqsa. - Foto REUTERS

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Angka korban di Gaza melebihi 48,300 orang, lebih banyak mayat ditemukan di bawah runtuhan
Jumlah keseluruhan korban akibat serangan genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,319 orang, menurut Kementerian Kesihatan pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Setiausaha Agung OIC komited pertahan perjuangan Palestin, hak minoriti Islam
Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha menegaskan komitmen organisasi itu dalam mempertahankan perjuangan rakyat Palestin.

Jentera pulihkan Gaza disekat, 'jentera memusnahkan' pula dibenar masuk ke Israel - Penganalisis
Pelaksanaan gencatan senjata di Gaza ketika ini adalah tidak memuaskan berikutan kegagalan Israel melaksanakan sepenuhnya janji mereka yang melibatkan aspek penghantaran bantuan kemanusiaan.

Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab
Sidang kemuncak yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.

Lebih 250,000 rumah musnah atau tidak boleh diduduki di Gaza
Lebih 250,000 rumah musnah atau mengalami kerosakan teruk di Semenanjung Gaza selepas 15 bulan diserang Israel.

Hamas bebas tiga tebusan, Israel lepas 369 tahanan Palestin
Bas pertama tiba di Ramallah disambut sorakan orang ramai yang mengibarkan bendera Palestin.

Pihak berkuasa Israel bebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin
Pihak berkuasa Israel membebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin pada Sabtu, selaras dengan perjanjian gencatan senjata di Gaza.