BANGKOK: Persidangan Keusahawanan Cina Dunia kali ke-16 (WCEC) yang kini berlangsung di Bangkok adalah platform penting bagi usahawan Cina di seluruh dunia untuk berkongsi pandangan dan meneroka peluang baharu dalam menghadapi cabaran ekonomi global semasa, kata Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Cina dan Industri Malaysia (ACCCIM), Tan Sri Low Kian Chuan.
Low yang mengetuai delegasi dari Malaysia ke persidangan itu berkata acara dua tahun sekali ini juga memberi peluang kepada para peserta untuk menyemarakkan semula ekonomi global, terutamanya selepas penularan COVID-19.
"Kami sedang menghadapi pelbagai cabaran kewangan termasuk kos perniagaan yang lebih tinggi, inflasi dan kadar faedah yang lebih tinggi serta isu-isu mendesak berkaitan keselamatan makanan dan krisis tenaga akibat konflik geopolitik antara Ukraine dan Rusia.
"Oleh itu, WCEC merupakan platform bagi usahawan Cina (di seluruh dunia) untuk bekerjasama dan berkongsi pandangan mereka," katanya.
Low berkata WCEC akan menjadi platform bagi usahawan untuk meneroka peluang multilateralisme.
"Ini termasuklah kemungkinan memanfaatkan perjanjian seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) untuk memudahkan perdagangan bebas dan terbuka antara negara-negara ASEAN dan China," katanya.
Seramai 200 peserta dari Malaysia menyertai persidangan tiga hari ini yang bertemakan "Creating a New Chapter Together with Chinese Business Acumen", yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Thailand yang juga Menteri Perdagangan, Jurin Laksanawisit, di Pusat Konvensyen Kebangsaan Ratu Sirikit (QSNCC) di Bangkok hari ini.
Turut hadir Pengerusi Gabungan Persatuan-Persatuan Cina Thailand dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur WCEC ke-16, Dr. Narongsak Putthapornmongkol.
Lebih 4,000 delegasi dari lebih 50 negara menghadiri persidangan itu.
Agenda persidangan merangkumi pelbagai topik seperti prospek ekonomi dan pelaburan Thailand, inisiatif Jalur and Laluan, RCEP, serta lawatan sampingan, lawatan pengajian dan pertandingan golf.
Persidangan ini bertujuan untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan menyeluruh dan memberi pengalaman berharga yang membantu memperkukuh kerjasama dalam kalangan usahawan Cina di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 25 2023
Low berkata WCEC akan menjadi platform bagi usahawan untuk meneroka peluang multilateralisme. - Gambar fail
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Malaysia terus perkukuh kedudukan sebagai destinasi utama - Fahmi
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) masih di peringkat ujian pelbagai fasa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Malaysia anjur Konvensyen Usahawan Cina Sedunia ke-17 tahun depan
WCEC akan jadi platform dinamik kepada usahawan serta industri untuk melibatkan diri dalam kerjasama dan perkongsian.
ACCCIM sertai Konvensyen Keusahawanan Cina Dunia
Acara dua tahun sekali ini juga memberi peluang kepada para peserta untuk menyemarakkan semula ekonomi global.