Kunjungan ke Banda Aceh, Indonesia kini perlu mengambil kira tentang penguatkuasaan undang-undang baharu yang dikenakan ke atas lelaki dan wanita bukan muhrim, lapor media republik tersebut.
Daerah Aceh Utara kini melarang pasangan bukan muhrim atau mereka yang belum menikah membonceng basikal atau motosikal bersama.
Larangan terebut diperkenalkan dalam Kanun Kemaslahatan dan Ketertiban Umat yang telah disahkan Dewan Perwakilan Rakyat Kabupaten (DPRK) Aceh Utara.
Langkah itu, menurut Ketua Badan Perundangan DPRK Aceh Utara Fauzan Hamzah , adalah sebagai usaha membendung perbuatan maksiat.
“Berboncengan bersama bagi pasangan bukan muhrim melanggar syariat Islam. Mereka duduk rapat sehingga mengarah kepada dosa.
“Selama ini banyak remaja Aceh Utara yang berpelukan kalau naik motosikal. Itu sudah melanggar syariat,” ujarnya yang menambah larangan itu dikecualikan dalam situasi darurat dan kecemasan.
Kanun tersebut juga melarang para peniaga menjual pakaian tidak Islamik dan menggunakan patung untuk memperagakan pakaian tersebut.
Selain itu, kanun berkenaan turut menekankan mengenai pengasingan ruang belajar bagi lelaki dan perempuan dari tahun pertama sekolah menengah sehingga pengajian tinggi.
Pengasingan turut dilakukan di semua tempat pelancongan di Aceh Utara.
Bagi murid sekolah rendah, mereka tidak dibenarkan keluar rumah selepas Maghrib dan perlu belajar sementara orang dewasa wajib mengikuti pembelajaran pusat-pusat ilmiah.
Permainan instrumen keyboard dan karaoke dalam majlis perkawinan, kafe, kegiatan ko-kurikulum sekolah dan kampus, aktiviti pejabat atau promosi juga dilarang.
“Hukuman bagi orang yang melanggar undang-undang tersebut dimulai dari teguran, pernyataan maaf, bimbingan di pusat keagamaan, kerja sosial, penarikan permit niaga, denda dan dikeluarkan dari kampung,” jelas Fauzan.
Kanun Kemaslahatan dan Ketertiban Umum bakal berkuat kuasa dan dilaksanakan sepenuhnya pada Mei 2016 dengan penjelasan disampaikan kepada masyarakat dalam tempoh setahun mulai sekarang.
Apabila ditanyakan tentang undang-undang yang sebelum ini diperkenalkan tetapi tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana sebahagian masyarakat tidak mempedulikannya, Fauzan memberitahu proses pemahaman umum terhadap tujuan undang-undang dibuat tersebut akan terus dibuat dari semasa ke semasa.
Astro Awani
Mon May 04 2015

Aceh melarang lelaki dan wanita bukan muhrim membonceng motosikal bersama. - Gambar fail
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Aceh Utara ketatkan undang-undang pengasingan bukan muhrim
Kanun baharu turut mengasingkan ruang belajar bagi lelaki dan perempuan dari tahun pertama sekolah menengah sehingga pengajian tinggi.