KUALA LUMPUR: Pembekal penyelesaian dron nombor satu dunia, Aerodyne memilih penyelesaian daripada Amazon Web Services Inc (AWS), untuk operasi perisian sebagai platform (SaaS) bagi aplikasi DRONOS miliknya.
DRONOS merupakan platform perkhidmatan dron inovatif dan menyeluruh yang membolehkan pengguna menganalisis dan dan mencerakinkan data dron yang diraih.
Melalui langkah itu, ia akan mengoptimumkan operasi, mewujudkan kecekapan dan melaksanakan pemeriksaan udara dengan selamat.
Aerodyne menyediakan penyelesaian dron buat pelbagai industri termasuk telekomunikasi, pertanian, pemantauan, logistik dan industri tenaga di 45 buah negara.
Melalui DRONOS, pelanggan dalam industri infrastruktur dan syarikat tenaga serta penyedia telekomunikasi akan boleh menggunakan teknologi dron dan mengumpul data dengan lebih tepat.
Justeru kerjasama bersama AWS akan membolehkan Aerodyne mewujudkan pangkalan data di bawah Perkhidmatan Simpanan Mudah (Amazon S3) untuk menyimpan dan mengubah data dron termasuk imej, satelit, pertanian dan cuaca bagi tindakan susulan oleh pengguna mengikut industri masing-masing.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Aerodyne, Kamarul A Muhamed, Selain itu melalui penggunaan satu lagi perkhidmatan AWS iaitu Sagemaker, Aerodyne mampu menganalisis ladang pertanian dan menara pencawang secara lebih tepat dan selamat.
“Bagi industri telekomunikasi, pelanggan terbesar kami adalah di Australia dan syarikat ini sudah pun mula menggunakan aplikasi ini dan kami jangkakan lebih ramai pelanggan kami akan menggunapakai aplikasi ini.
“Untuk sektor pertanian juga aplikasi ini sudah siap dipakai dan sudah mula digunakan di Indonesia dan Amerika Latin,” katanya dalam temu bual eksklusif di persidang AWS re:Invent 2023 di Las Vegas.
Melalui DRONOS juga, syarikat dalam sektor telekomunikasi berjaya mengurangkan tempoh analisis menara pencawang kepada 3 jam berbanding 48 jam sebelum ini.
Kamarul menambah kerjasama bersama AWS juga berjaya mempercepatkan usaha syarikat untuk mencapai visi pengoperasi dron yang lebih canggih dan maju.
“Pelan hala tuju kami adalah untuk menyampaikan semua produk kami yang dijangka mengambil masa 18 bulan, namun kami mampu mempercepatkan proses ini dengan penggunaan produk AWS
“Ini sekaligus memungkinkan kami untuk mencapai visi dan perancangan kami dengan lebih pantas,” katanya.
Selain itu Kamarul berkata melalui platform DRONOS, ia membolehkan pengguna memilih keperluan data mereka mengikut industri mereka.
“Ketika kami mulakan di Malaysia, kami sediakan perkhidmatan untuk sisten grid tenaga. Di Indonesia pula kami juga ada perkhidmatan serupa dan begitu juga di Amerika Latin serta timur tengah,
“Kami lihat ada pelbagai kerhendak berbeza oleh pelanggan kami dan memerulakan penyesuaian tersendiri. Apa yang kami lakukan melelui platform DRONOS, ia akan menjadi satu bentuk pilihan.
“Semua ciri yang diperlukan telah tersedia di papan pemuka platfrom DRONOS dan mereka boleh pilih ciri mana yang bersesuaian dengan industri mereka,” katanya.
Melalui perkhidmatan bersama AWS, Aerodyne berjaya membangunkan penyelesaian seperti Agrimor yang mampu membantu sektor pertanian untuk menggunapakai dron untuk tujuan pembenihan, semburan, analisis tumbuhan dan pemetaan sekaligus meningkatkan hasil tuaian.
Najib Aroff
Thu Nov 30 2023

Aerodyne menyediakan penyelesaian dron buat pelbagai industri termasuk telekomunikasi, pertanian, pemantauan, logistik dan industri tenaga di 45 buah negara. - Foto fail/Astro AWANI
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Merdeka Award Talk Series cabar diri, pupuk pemikiran ke arah pertumbuhan demi kecemerlangan
Merdeka Award merupakan platform untuk menggalakkan kepimpinan pemikiran dan inovasi, memupuk budaya kecemerlangan, dan menggalakkan pandangan dunia.

Aerodyne dan AWS umum kerjasama untuk platform DRONOS
Pembekal penyelesaian dron nombor satu dunia, Aerodyne memilih penyelesaian daripada Amazon Web Services Inc (AWS), untuk operasi perisian sebagai platform (SaaS) bagi aplikasi DRONOS miliknya.

Aset lokasi strategik perkukuh pelaburan
Cyberview membentuk Cyberjaya dengan menawarkan ekosistem teknologi holistik mencakupi aktiviti komersial dan digital.

MIGHT labur RM20 juta kepada Aerodyne bukan untuk projek 'kereta terbang'
Tegas Mohd Yusoff, pelaburan VentureTech ke dalam Aerodyne dibuat berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

Peruntukan RM20 juta 'kereta terbang': Sila audit ... - Aerodyne
Aerodyne Group menegaskan bahawa tidak ada satu sen pun wang rakyat digunakan atau akan dibelanjakan pada masa hadapan untuk pembangunan mobiliti udara urban (UAM).