THE HAGUE: Afrika Selatan pada Jumaat meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk menghentikan serangan ketenteraan Israel di bandar Rafah di selatan Gaza, lapor Xinhua.
Dalam permintaan mendesak yang dikemukakan kepada mahkamah itu, Afrika Selatan meminta supaya Israel "segera menarik balik dan menghentikan serangan ketenteraannya" di Rafah.
Israel juga diminta "segera mengambil langkah berkesan untuk memastikan dan memudahkan akses tanpa halangan ke Gaza bagi pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pegawai lain yang terlibat dalam penyediaan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza," kata Afrika Selatan.
Dalam permintaannya, Afrika Selatan menyatakan bahawa langkah-langkah sementara yang ditetapkan oleh mahkamah "tidak mampu sepenuhnya menangani keadaan yang berubah dan fakta baharu..."
Serangan tentera Israel ke atas Rafah menimbulkan "risiko besar" terhadap "bekalan kemanusiaan dan perkhidmatan asas ke Gaza, kelangsungan sistem perubatan Palestin, dan kelangsungan hidup rakyat Palestin di Gaza sebagai satu kumpulan."
Ia juga "menimbulkan fakta baharu yang menyebabkan kerosakan tidak dapat dipulihkan kepada hak rakyat Palestin di Gaza."
"Berdasarkan bukti yang sangat jelas, cara Israel melaksanakan operasi ketenteraannya di Rafah dan kawasan lain di Gaza adalah bersifat genosid. Ia mesti diperintahkan untuk berhenti," katanya.
Afrika Selatan meminta mahkamah mengambil langkah tambahan untuk "melindungi rakyat Palestin di Gaza daripada pelanggaran hak mereka yang serius dan tidak boleh diperbaiki."
"Keadaan yang sangat serius dihadapi lelaki, wanita dan kanak-kanak Palestin di Rafah, serta risiko kewujudan rakyat Palestin di Gaza sebagai sebahagian daripada kumpulan nasional, perkauman dan etnik Palestin, memerlukan tindakan lanjut oleh mahkamah," katanya.
Ini adalah yang terbaru dalam siri permintaan yang dikemukakan oleh Afrika Selatan kepada ICJ berkaitan konflik Israel-Palestin.
Pada 29 Disember 2023, Afrika Selatan mengemukakan permohonan kepada ICJ untuk memulakan prosiding terhadap Israel berkaitan pelanggaran obligasi di bawah Konvensyen Genosid 1948 yang melibatkan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.
ICJ, pada 26 Januari, mengarahkan Israel mengambil semua langkah yang boleh untuk mencegah tindakan genosid ke atas rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.
Afrika Selatan meminta ICJ pada 6 Mac supaya mengeluarkan lebih banyak perintah bagi mendesak Israel untuk menghentikan "kebuluran berleluasa" di Semenanjung Gaza. Pada 28 Mac, ICJ mengarahkan Israel melakukan apa sahaja yang perlu untuk memastikan bantuan asas sampai kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.
--BERNAMA-XINHUA
Bernama
Sat May 11 2024

Serangan tentera Israel ke atas Rafah menimbulkan "risiko besar" terhadap "bekalan kemanusiaan dan perkhidmatan asas ke Gaza dan kelangsungan sistem perubatan Palestin. - AP

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.
Program pantau karbohidrat di Thailand dapat sambutan
Lebih 18 juta rakyat Thailand berjaya diberikan pendedahan mengenai pengiraan karbohidrat.
Kerajaan Indonesia belanja 710.5 bilion Rupiah setakat ini
Kerajaan Indonesia setakat 12 mac 2025, telah membelanjakan sejumlah 710.5 bilion Rupiah dalam kempen pemberian makanan percuma kepada jutaan pelajarnya.

WFP tutup pejabat di Afrika Selatan susulan pemotongan dana AS
Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WFP) mengumumkan pada Isnin bahawa ia menutup pejabatnya di Afrika Selatan.

Jasad anggota tentera pengaman PBB dihantar pulang ke Afrika Selatan
Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa sekali lagi menekankan gesaan untuk segera melakukan gencatan senjata.

Afrika Selatan harap Trump lawat negara itu menjelang Sidang Kemuncak G20
Afrika Selatan berharap Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan melawat negara itu tahun ini sempena Sidang Kemuncak G20.

Afrika Selatan nafi ‘rampas tanah’ selepas Trump ancam henti salur bantuan
Presiden Cyril Ramaphosa nafi dakwaan Presiden Trump bahawa pihak berkuasa Afrika Selatan sedang "merampas tanah."

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Trump hentikan bantuan kepada Afrika Selatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad berkata bahawa beliau akan menghentikan bantuan kepada Afrika Selatan.

Cucu Mandela ditahan berhubung kes rampas kereta, miliki senjata api
Polis dari unit tindak balas taktikal JMPD menerima maklumat mengenai lokasi sebuah kenderaan yang dirampas daripada syarikat penjejak kereta.

7 maut, 5 cedera selepas bas mini terbalik di Afrika Selatan
Nahas berlaku pada awal pagi Isnin ketika bas mini itu dalam perjalanan dari Wilayah Gauteng ke Wilayah KwaZulu-Natal.

Afrika Selatan kemuka bukti lebih 750 halaman dalam kes genosid terhadap Israel
Dokumen tersebut mengandungi lebih 750 halaman bukti yang disokong ekshibit serta lampiran lebih 4,000 halaman.

Lelaki bersenjata bunuh 6 peronda dalam tembakan rambang di Afrika Selatan - polis
Sekumpulan lapan lelaki bersenjata didakwa melepaskan tembakan ke arah 10 peronda komuniti pada Ahad malam kira-kira 22:45 waktu tempatan.