MOSCOW: Kazakhstan menerima dana sebanyak AS$98.6 juta yang disita dari Kairat Satybaldy, anak saudara bekas presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev, sebagai pampasan bagi kerugian yang dialami negara, menurut Agensi Antirasuah Kazakhstan pada Khamis, lapor Sputnik.
Dalam satu kenyataan, agensi itu berkata dalam kes jenayah yang disiasat terhadap Kairat Satybaldy, badan pencegahan rasuah baru-baru ini memastikan 44.6 bilion tenge (AS$98.6 juta) dipulangkan.
"Pada masa ini, wang berkenaan telah dipindahkan ke bajet republik untuk menampung kerugian yang dialami oleh negara," katanya.
Pada Sept 2022, sebuah mahkamah di Astana menjatuhi hukuman penjara enam tahun ke atas anak saudara Nazarbayev dalam kes penyelewengan.
Pada Dis 2023, Agensi Antirasuah Kazakhstan berkata sebanyak AS$120 juta yang disita dari Satybaldy telah dikembalikan kepada bajet negara dalam usaha mendapatkan semula aset yang diambil secara tidak sah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 08 2024

Kazakhstan menerima dana sebanyak AS$98.6 juta yang disita dari Kairat Satybaldy (foto) sebagai pampasan bagi kerugian yang dialami negara. -Gambar fail/Twitter
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Agensi antirasuah Kazakhstan sita AS$98.6 juta daripada anak saudara bekas presiden
Dalam kes jenayah yang disiasat terhadap Kairat Satybaldy, badan pencegahan rasuah baru-baru ini memastikan 44.6 bilion tenge (AS$98.6 juta) dipulangkan.

Cucu bekas presiden Kazakhstan ditemukan meninggal dunia di London
Aisultan Nazarbayev, 29, dikatakan mempunyai masalah penagihan dadah dan semakin lantang mengkritik tokoh politik terkemuka di negara kelahirannya.

Bekas Presiden Kazakhstan positif COVID-19
Bekas Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev disahkan positif COVID-19.

Memperkukuh daya tahan negara penawar terbaik hadapi krisis masa depan - Najib
Ini bererti perlu ada penampan yang menambah pendapatan kerajaan dan meningkatkan penjimatan serta beransur-ansur mengurangkan defisit.