SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) menasihatkan pengguna supaya tidak membeli atau mengambil gula-gula "Kingu Ginseng Candy" kerana ia didapati mengandungi tadalafil, ubat preskripsi yang digunakan bagi merawat lemah tenaga batin.
Agensi itu berkata, produk itu yang dikatakan berasal dari sebuah negara jiran telah dipasarkan di pelbagai platform e-dagang sebagai gula-gula yang didakwa memberi kesan kepada peningkatan seksual laki-laki.
"SFA telah bekerjasama dengan pelbagai platfrom e-dagang dalam talian untuk mengeluarkan produk itu daripada senarai dan mengeluarkan amaran kepada penjual berkaitan supaya berhenti menjual produk itu serta-merta.
SFA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang menjual dan membekalkan produk makanan yang didapati mengandungi bahan terlarang atau ramuan yang kuat kerana ia bukan makanan yang selamat," kata agensi itu di dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Ia berkata tadalafil perlu diberikan di bawah pengawasan perubatan dan penggunaannya yang tidak sesuai adalah berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kesan sampingan yang teruk termasuk serangan jantung, angin ahmar, sakit kepala, migrain, kadar degupan jantung tidak tetap dan priapisme (keadaan tidak normal ereksi yang berterusan dan berpanjangan)
SFA berkata tadalafil juga boleh membawa risiko serius kepada individu tertentu termasuk mereka yang menghadapi masalah jantung dan mampu mengakibatkan tekanan darah rendah yang boleh mengancam nyawa mereka yang mengambil ubat sakit jantung, terutamanya yang mengandungi nitrat.
Penjualan makanan tidak sihat adalah menyalahi Seksyen 15 Akta Jualan Makanan Singapura.
Sesiapa yang didapati menyalahi mana-mana peruntukan dalam akta ini boleh didenda tidak melebihi S$5,000 jika sabit kesalahan dan bagi kesalahan kedua atau sabitan seterusnya boleh didenda maksimum S$10,000 atau penjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 12 2024

Produk yang dipasarkan di pelbagai platform e-dagang itu didakwa sebagai gula-gula yang memberi kesan kepada peningkatan seksual laki-laki. - Facebook SFA

KKDW fokus bangunkan infrastruktur luar bandar Sabah - Ahmad Zahid
Sabah memerlukan lebih banyak pembangunan infrastruktur, dan perancangan itu mampu direalisasikan hasil hubungan baik Kerajaan MADANI dan negeri.

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

Agensi Makanan Singapura kesan ubat kuat tadalafil dalam gula-gula
Produk yang dipasarkan di pelbagai platform e-dagang itu didakwa sebagai gula-gula yang memberi kesan kepada peningkatan seksual laki-laki.

Gula-gula bergelatin babi, berlogo halal bikin netizen bimbang, Jakim keluarkan kenyataan
Kelihatan 'gelatin babi' tersenarai selain bahan-bahan lain yang biasa digunakan bagi pembuatan gula-gula.

Duit dapat, gula-gula pun dapat, jimat bagi duit raya
Lebih jimat dengan hanya dibungkus dalam plastik aiskrim namun bungkusan jadi cukup kreatif.

Sesiapa sahaja jadi PM nanti, boleh tawar agenda reformasi - Shahril Hamdan
Shahril berkata, tawaran yang dikemukakan semalam, biarpun ada asasnya, tetapi orang akan melihatnya dengan niat dan tujuan yang salah.

Disangka dadah, rupanya hanya gula-gula
Dadah jenis esctasy yang dirampas minggu lepas itu, berkemungkinan hanya gula-gula berwarna merah muda dalam bentuk serbuk.

Kanak-kanak meninggal dunia tercekik gula-gula jeli
Seorang kanak-kanak berusia empat tahun meninggal dunia selepas tercekik gula-gula jeli di rumahnya di Kampung Batu Manikar pada Rabu malam.

Tiada permohonan halal dari pengimport gula-gula White Rabbit
Pengimport gula-gula itu seharusnya membuat permohonan tersebut, yang akhirnya dapat menghentikan polemik berhubung status halal gula-gula berkenaan.

Tindakan tegas jika gula-gula 'ghost smoke' ada nikotin
Penjualan nikotin tanpa lesen di pasaran terbuka adalah salah di sisi undang-undang dan aktiviti penjualan hanya boleh dilakukan oleh ahli farmasi berlesen serta pengamal perubatan berdaftar.

Ghost Smoke mampu menjadi wabak sosial
MBM menzahirkan rasa bimbang melihatkan gejala ghost smoke ini berpotensi menjadi wabak di kalangan kanak-kanak dan remaja di negara ini.

TPM Wan Azizah mahu penjualan 'Ghost Smoke' dihentikan segera
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu penjualan gula-gula 'Ghost Smoke' yang mengeluarkan asap seakan-akan rokok apabila disedut dihentikan segera.