"Sesetengah pegawai menentang manakala yang lain menggalakkan pekerja mereka untuk mematuhi. Di sesetengah agensi, terdapat panduan yang bercanggah," lapor FOX10 TV.
Beberapa agensi AS, termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Jabatan Negara dan Pentagon mengarahkan pekerja mereka untuk tidak mematuhi arahan berkenaan, menurut laporan itu.
Sementara itu, pada Ahad, Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia menghantar mesej yang mengarahkan kira-kira 80,000 pekerja mereka untuk mematuhi.
Pasukan Musk menghantar e-mel kepada ratusan ribu pekerja persekutuan pada Sabtu, memberi mereka kira-kira 48 jam untuk melaporkan lima perkara khusus yang dicapai dalam minggu lepas. Dalam mesej berasingan di platform media sosial X, Musk berkata mana-mana pekerja yang gagal menjawab sebelum tarikh akhir ditetapkan dalam e-mel iaitu 11.59 malam EST Isnin (0459 GMT Selasa) akan kehilangan pekerjaan mereka, lapor berita NBC.
-- BERNAMA
