JAKARTA: Pelaksanaan hukuman mati ke atas empat tahanan politik oleh junta tentera di Myanmar adalah perbuatan paling kejam, kata Ahli-ahli Parlimen ASEAN untuk Hak Asasi Manusia (APHR) pada Isnin selepas media kerajaan itu mengumumkan bahawa hukuman mati telah dijalankan pada tarikh yang tidak diketahui di Penjara Insein, Yangon.
Hukuman mati terhadap empat lelaki itu - Phyo Zeya Thaw, bekas anggota Parlimen Liga Demokratik Kebangsaan (NLD); aktivis terkemuka Kyaw Min Yu, yang juga dikenali sebagai 'Ko Jimmy'; Aung Thura Zaw; dan Hla Myo Aung - yang kesemuanya didakwa di bawah undang-undang antikeganasan, merupakan hukuman mati pertama dilaksanakan oleh mahkamah di Myanmar sejak 1988, menurut Amnesty International, yang sehingga kini menganggap negara itu sebagai telah menghapuskan hukuman mati.
Pelaksanaan hukuman mati yang mengejutkan dunia itu dilaporkan secara meluas dan menerima kecaman antarabangsa.
APHR dalam satu kenyataan yang mengutuk pelaksanaan hukuman itu berkata perbuatan itu harus dilihat sebagai percubaan oleh tentera Myanmar untuk membenarkan secara sah pembunuhan politik.
"Masyarakat global, dan semua anggota ASEAN khususnya, harus bangkit dan sedar bahawa pembunuhan itu mencerminkan sifat sebenar rejim keganasan tentera Myanmar di negara itu," kata Eva Sundari, bekas anggota Dewan Perwakilan Rakyat di Indonesia dan Anggota Lembaga APHR dalam kenyataan yang sama.
Kenyataan itu turut memetik Tom Villarin, bekas Ahli Parlimen Filipina dan Ahli Lembaga APHR yang sependapat dengan Eva Sundari dan berkata kesemua yang dituduh oleh junta tentera dibicarakan secara rahsia, tidak adil dan berat sebelah tanpa perlindungan undang-undang.
"Ramai tahanan politik diseksa dan menerima pelbagai bentuk layanan kejam, tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah, dan kini terdapat berpuluh-puluh banduan di penjara Myanmar yang boleh dihukum bunuh pada bila-bila masa," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Malaysia Charles Santiago yang juga Pengerusi APHR berkata perkembangan terkini itu menunjukkan satu lagi peningkatan dalam kekejaman junta, yang timbul berikutan mereka berasa bebas daripada hukuman yang sebahagian besarnya tercetus akibat kegagalan masyarakat global untuk bertindak secara berkesan bagi menghalang junta daripada melakukan kekejaman seterusnya.
Menurut kenyataan itu, pelaksanaan hukuman mati itu juga menjadi bukti bahawa Majlis Pentadbiran Negara (SAC) yang diketuai Min Aung Hlaing tidak berhasrat untuk terlibat dalam sebarang dialog politik yang bermakna dengan pasukan pro demokrasi yang diketuai oleh Kerajaan Perpaduan Nasional Myanmar (NUG).
Dialog sedemikian, merupakan antara perkara penting dalam Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui oleh negara anggota ASEAN dan junta Min Aung Hlaing pada April 2021, namun belum menjadi kenyataan.
"Ia satu penghinaan yang jelas oleh junta terhadap perjanjian yang ditandatanganinya itu, terutamanya apabila pengumuman pelaksanaan hukuman mati itu dibuat dua minggu selepas Duta Khas Pengerusi ASEAN ke Myanmar, Menteri Luar Kemboja Prak Sokhonn, melawat negara itu.
"Duta Khas, dan anggota ASEAN, harus mengutuk hukuman mati itu, dan memikirkan semula pendekatan mereka terhadap krisis di Myanmar dengan serius. Sebagai permulaan, mereka harus mula memberi tekanan kepada SAC dengan sekatan yang disasarkan dan larangan perjalanan di rantau ini untuk menunjukkan kepada Min Aung Hlaing dan orang-orangnya bahawa mereka tidak boleh melakukan jenayah sewenang-wenangnya," kata Kasit Piromya, bekas Ahli Parlimen dan Menteri Luar di Thailand, dan Ahli Lembaga APHR.
Memetik Persatuan Bantuan Tahanan Politik Myanmar (AAPP), ia berkata setakat 22 Julai terdapat 76 banduan di negara itu dijatuhi hukuman mati, termasuk dua kanak-kanak, manakala 41 orang telah dijatuhi hukuman mati tanpa hadir ke mahkamah.
Sejak rampasan kuasa pada 1 Feb 2021, sekurang-kurangnya 2,114 orang telah dibunuh oleh SAC, yang diketuai Jeneral Min Aung Hlaing, dalam kempennya untuk memberi tekanan kepada penentangan meluas terhadap pemerintahan tentera.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 25 2022

Sejak rampasan kuasa pada 1 Feb 2021, sekurang-kurangnya 2,114 orang telah dibunuh oleh SAC. - Foto fail
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

Sembilan cedera dalam letupan periuk api di selatan Myanmar
Sembilan individu, termasuk kanak-kanak, cedera dalam letupan periuk api di Wilayah Tanintharyi, selatan Myanmar pada Selasa, lapor akhbar milik kerajaan, The Mirror, pada Rabu, menurut Xinhua.

15 mangsa penipuan pekerjaan di Myanmar warga Malaysia - Kedutaan
Kesemua rakyat Malaysia termasuk tiga wanita berusia antara 19 hingga 44 tahun berada dalam keadaan sihat, walaupun ada yang masih trauma dan kelihatan keletihan.

'Diseksa dan direnjat elektrik' - Rakyat Malaysia cerita mimpi ngeri penipuan pekerjaan di Myanmar
Teo berkata, dia dipaksa bekerja selama 14 jam sehari dengan tugasan harian menyusun sekitar 10,000 nombor telefon untuk sindiket berkenaan.

29 ditahan di timur Myanmar atas kesalahan judi dalam talian, penipuan
Pihak berkuasa menahan 29 suspek di perbandaran Tachileik, timur Myanmar, atas kesalahan perjudian dalam talian dan penipuan kewangan pada 12 dan 13 Feb, lapor Xinhua.

TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand
Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand dalam dua tangkapan berasingan di daerah Kubang Pasu, semalam dan hari ini.

Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar
Polis peronda sempadan Thailand dan pasukan tentera telah menguatkan keselamatan di sepanjang sempadan dan semua agensi yang berkaitan.

ASEAN perlu bertindak segera tangani krisis kemanusiaan di Myanmar - MAPIM
MAPIM menggesa ASEAN bertindak pantas memastikan kestabilan serantau dan memberikan bantuan kemanusiaan, kerana ia tidak boleh dipandang remeh.

ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.

Malaysia akhiri Permukiman Menteri Luar ASEAN dengan visi kesatuan dan daya tahan serantau
Permukiman yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi ini merupakan mesyuarat pertama peringkat menteri dalam kalendar ASEAN bagi tahun 2025.

ASEAN gesa Myanmar henti tindas rakyat, patuhi Konsensus Lima Perkara - Mohamad
ASEAN menggesa Myanmar memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota pertubuhan itu dan mematuhi Konsensus Lima Perkara yang telah dipersetujui sebelum ini.