KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Malaysia, John Soh Chee Wen dan teman wanitanya yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Ipco International, Quah Su-Ling didapati bersalah dalam pertuduhan kes manipulasi pasaran saham di Singapura.
Mahkamah Tinggi Singapura mensabitkan kesalahan itu selepas mendapati Soh dan Quah terlibat sebagai dalang dalam menghapuskan lebih S$8 bilion atau RM25 bilion daripada pasaran saham Singapura pada Oktober 2013.
Hakim Hoo Sheau Peng berkata, sabitan itu turut melibatkan kes penipuan dan gangguan saksi dengan kedua-dua mereka masing-masing berdepan lebih 170 dan 180 pertuduhan berasingan dalam manipulasi pasaran di republik berkenaan, lapor Straits Times.
Mahkamah Tinggi Singapura menetapkan hukuman bagi Soh dan Quah akan diputuskan pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Mereka sebelum ini menafikan tuduhan serius yang dibuat atas nama mereka.
Astro Awani
Thu May 05 2022

Mahkamah Tinggi Singapura menetapkan hukuman bagi Soh dan Quah akan diputuskan pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak. - Gambar/ Facebook @TheSnowball3354

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Ahli perniagaan Malaysia, teman wanita didapati bersalah manipulasi pasaran saham Singapura
Hukuman penuh bagi John Soh dan Quah Su-Ling akan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi Singapura pada satu tarikh kemudian.