BANGKOK: Seorang ahli politik terkenal Thailand berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun kerana menghina raja dan melanggar Akta Jenayah Komputer ketika siaran langsung menerusi Facebook pada Januari, 2021.
Thanathorn Juangroongruangkit, 43, ketua parti politik yang telah dibubarkan iaitu Parti Future Forward (FFW) mengkritik rancangan perolehan vaksin COVID-19 kerajaan.
Dia dituduh atas kesalahan lese-majeste (derhaka) yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun, serta melanggar Akta Jenayah Komputer dan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun.
Thanathorn, kini pengerusi Pergerakan Progresif, dibenarkan ikat jamin 90,000 baht dengan seorang penjamin pada Isnin.
Dalam satu kenyataan, Thanathorn berkata kritikannya ditujukan kepada kerajaan dan bukannya institusi diraja.
"Kritikan saya adalah untuk kepentingan rakyat," katanya.
Semasa siaran langsung di Facebook, Thanathorn menuduh kerajaan melakukan kesalahan dalam mengendalikan perolehan vaksin dan memihak kepada syarikat biofarmaseutikal dimiliki Raja Maha Vajiralongkorn.
Thanathorn telah diharamkan terlibat dalam politik selama 10 tahun pada 2020 susulan tindakannya memberi pinjaman kepada bekas parti pembangkangnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 12 2022
Thanathorn Juangroongruangkit bercakap pada sidang media di ibu pejabat partinya di Bangkok, Thailand, 21 Jan 2021. - Gambar fail REUTERS
Op Sky: Syarikat kewangan tawar komisen bawa pelanggan baharu
SPRM mendapati syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky, menawarkan komisen kepada pelanggannya yang memperkenalkan pelanggan baharu.
AWANI Borneo [4/2/2025] – Tahap Buruk | APM Bantu Calon SPM Terperangkap | Kenal Pasti Lokasi Berisiko
Tumpuan AWANI Borneo 4 Feb 2025 bersama Pia Ernadya
- Hujan berterusan tahap buruk di Sabah dan Sarawak diramal sehingga Rabu
- APM Sandakan bantu calon SPM terperangkap di kampung ke sekolah
- Tanah runtuh: JKR Laksana Kajian Terperinci Struktur Bukit Kanada
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Hujan berterusan tahap buruk di Sabah dan Sarawak diramal sehingga Rabu
- APM Sandakan bantu calon SPM terperangkap di kampung ke sekolah
- Tanah runtuh: JKR Laksana Kajian Terperinci Struktur Bukit Kanada
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
Pasangan kekasih bebas pertuduhan miliki, edar dadah
Sepasang kekasih terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan mereka daripada tiga pertuduhan memiliki dan mengedar dadah.
Tanah runtuh: JKR Laksana Kajian Terperinci Struktur Bukit Kanada
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, kajian ini bertujuan mengenal pasti kawasan berisiko tinggi serta mencadangkan langkah mitigasi yang perlu diambil dengan kadar segera.
Semua pihak perlu bekerjasama tangani banjir - Jeffrey
Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata beberapa pendekatan perlu dilaksanakan antaranya penyelenggaraan parit-parit di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sepanjang 170.5 km yang dijalankan secara berkala dengan skop utama pembersihan kelodak dan tumbuh-tumbuhan di dalam parit.
Pemberi maklumat tidak dilindungi jika buat pendedahan umum - Azalina
Tiada cadangan untuk meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) bagi memberi perlindungan kepada pemberi maklumat yang membuat pendedahan umum terlebih dahulu.
26 kampung terjejas banjir di Kinabatangan
Setakat ini dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan 140 mangsa daripada 36 keluarga.
UK bakal mulakan ujian saringan kanser payudara guna AI
Ujian saringan kanser payudara menggunakan AI bertujuan mempercepat diagnosis dan mengurangkan tekanan kepada pakar radiologi.
JPBD Sibu fokus usaha hantar bantuan makanan di Sibu
AWANI Borneo menyertai operasi khas penghantaran bantuan makanan kepada mangsa-mangsa yang terjejas di luar bandar Sibu, yang diketuai Pejabat Kebajikan Masyarakat Sibu
JBPM terima lebih 900 panggilan kecemasan di Sabah, Sarawak
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Ahmad Izram Osman berkata panggilan yang paling tinggi diterima di Sarawak dengan 550 panggilan
PDRM sahkan rekod keterangan Tun M berhubung isu hina institusi diraja
Turut diambil keterangan bagi membantu siasatan adalah Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Datuk Wira Marzuki Yahya.
Ahli politik Thailand didakwa menghina institusi diraja, langgar undang-undang siber
Thanathorn Juangroongruangkit mengkritik rancangan perolehan vaksin COVID-19 kerajaan.
Hina institusi Diraja: Ketua Pemuda PSM Khalid Ismath ditahan
Suspek ditahan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.