ZURICH: Gelombang kecerdasan buatan (artificial intelligence - AI) dijangka akan memberi kesan yang besar kepada pasaran buruh global seperti ‘tsunami’.
Menurut Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva, kecerdasan buatan berkemungkinan memberi kesan kepada 60 peratus pekerjaan dalam ekonomi maju dan 40 peratus pekerjaan di seluruh dunia dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Georgieva dalam satu acara, di sini pada Isnin.
"Kita mempunyai masa yang sangat terbatas untuk membolehkan orang ramai dan sektor perniagaan bersiap sedia menghadapinya (AI).
"Ia boleh membawa peningkatan yang luar biasa dalam produktiviti jika kita menguruskannya dengan baik, tetapi ia juga boleh membawa kepada lebih banyak maklumat salah dan sudah tentu, lebih banyak ketidaksamaan dalam masyarakat kita," katanya semasa berucap pada acara anjuran Institut Kajian Antarabangsa Switzerland, yang berkait rapat dengan Universiti Zurich.
Georgieva berkata, ekonomi dunia menjadi lebih terdedah kepada kejutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, memetik pandemik global pada 2020 serta peperangan yang tercetus di Ukraine.
Walaupun menjangkakan lebih banyak kejutan, terutamanya disebabkan oleh krisis iklim, namun, ia tetap menunjukkan ketahanan yang luar biasa, katanya.
"Kita tidak berada dalam kemelesetan global," kata Georgieva yang turut menerima cemuhan oleh penunjuk perasaan yang menggesa tindakan terhadap perubahan iklim dan menangani hutang dunia yang sedang membangun.
"Tahun lepas terdapat kebimbangan bahawa kebanyakan ekonomi akan tergelincir ke dalam kemelesetan, namun, itu tidak berlaku
"Inflasi yang melanda dengan sangat kuat sedang menurun, hampir di semua tempat," jelas beliau lagi.
Pengerusi Bank Negara Switzerland (SNB), Thomas Jordan, yang turut berucap pada majlis itu, berkata, usaha menangani inflasi di Switzerland kini jauh lebih ke hadapan.
Inflasi di negara itu meningkat kepada 1.4 peratus pada April, bulan ke-11 berturut-turut kenaikan harga berada dalam julat sasaran 0-2 peratus, kata SNB.
"Tinjauan untuk inflasi adalah lebih baik. Nampaknya untuk beberapa tahun akan datang, inflasi mungkin benar-benar berada dalam julat kestabilan harga yang sama. Tetapi terdapat banyak ketidakpastian," kata Jordan.
Astro Awani
Mon May 13 2024

Menurut Georgieva, kecerdasan buatan berkemungkinan memberi kesan kepada 60 peratus pekerjaan dalam ekonomi maju dan 40 peratus pekerjaan di seluruh dunia dalam tempoh dua tahun akan datang. - Foto fail/REUTERS

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

Malaysia sasar sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030 - MITI
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasar untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030.

Integriti, profesionalisme penjawat awam elak 'perangkap' negatif media sosial - Hajiji
Integriti dan profesionalisme dalam diri penjawat awam menjadi faktor penting bagi mengelakkan 'terperangkap' dalam unsur negatif media sosial terutama penularan yang tidak bertanggungjawab.

SKBBK: KESUMA sasar perkenal perundangan tahun ini - Sim
Kementerian Sumber Manusia menyasarkan untuk memperkenalkan undang-undang bagi pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) pada tahun ini.

Bolehkah bezakan antara realiti dan deepfake?
Peningkatan kes tipu melibatkan pemalsuan suara, wajah dan identiti digital semakin membimbangkan dengan taktik jenayah siber yang semakin canggih.

China: Pelbagai sektor guna integrasi DeepSeek manfaatkan pemerkasaan AI
Tencent menyatakan pengguna yang dipilih untuk ujian itu boleh mengakses model DeepSeek-R1 secara percuma melalui fungsi carian Weixin AI.

xAI milik Elon Musk perkenal model Grok 3 saingi ChatGPT, Gemini
xAI milik Elon Musk telah memperkenalkan model kecerdasan buatan (AI) terbaharunya, Grok 3, yang didakwa lebih baik berbanding ChatGPT keluaran OpenAI.

Waspada taktik penipuan guna teknologi AI
Perkembangan teknologi AI yang sangat drastik diambil kesempatan oleh 'scammer' atau penipu untuk mengaut keuntungan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.