MOSCOW: Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Thailand (FDA) dan Jabatan Perikanan negara itu diminta membuat pemeriksaan teliti ke atas semua makanan laut yang diimport dari Jepun berikutan keputusan Tokyo melepaskan air terawat daripada loji kuasa nuklear (NPP) Fukushima, lapor Sputnik.
"FDA dan Jabatan Perikanan perlu segera mengambil langkah pencegahan, terutama melakukan pemeriksaan rawak ke atas makanan laut yang diimport sama ada di pusat pemeriksaan atau di pasar tempatan," kata Pengerusi Jawatankuasa kecil produk makanan, ubat-ubatan dan kesihatan Majlis Pengguna Thailand Panuchote Thongyang kepada Bangkok Post.
Beliau berkata China, Hong Kong dan Korea Selatan telah menggantung import semua jenis makanan laut dari Jepun, namun setakat ini tiada agensi Thailand mengumumkan sebarang langkah untuk mengurangkan risiko keselamatan, menurut laporan itu yang menambah bahawa Thailand adalah pengimport utama produk ikan dari Jepun.
Timbalan setiausaha agung FDA Lertchai Lertvut pula dilaporkan berkata pengguna tidak perlu bimbang tentang keselamatan mereka kerana FDA, Jabatan Perikanan, polis narkotik dan Institut Teknologi Nuklear Thailand menjalankan pemeriksaan berkala ke atas semua makanan laut yang diimport.
Jepun mula melepaskan air terawat dari loji janakuasa nukelar Fukushima yang lumpuh ke Lautan Pasifik bersama pengendali loji itu, TEPCO, sejak Khamis lepas dan menjelaskan bahawa air itu telah dibersihkan daripada semua bahan radionuklid kecuali tritium, yang masih dalam had yang dibenarkan.
Tindakan itu dikritik beberapa negara termasuk China, Korea Selatan dan Korea Utara, yang bimbang akan pencemaran radioaktif.
Agensi Tenaga Atom Antarabangsa berkata aktiviti Tokyo adalah konsisten dengan piawaian keselamatan antarabangsa dan air sisa itu hanya membawa kesan minimum kepada manusia dan alam sekitar.
Tiga reaktor di loji nuklear Fukushima lumpuh akibat gempa bumi pada skala 9 magnitud yang diikuti tsunami besar dan insiden itu dianggap sebagai bencana nuklear terburuk sejak insiden Chernobyl pada 1986.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 28 2023

Jepun mula melepaskan air terawat dari loji janakuasa nukelar Fukushima yang lumpuh ke Lautan Pasifik bersama pengendali loji itu, TEPCO, sejak Khamis lepas. - Gambar/ Reuters
![[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan [KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735690196_TBmediasosial.jpg)
[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan
Ketagihan media sosial berkait dengan mekanisme ganjaran dopamine, menyebabkan pengguna menghabiskan masa berjam-jam dalam dunia maya.
KKM sambut baik larangan jual gula-gula bentuk vape di sekolah
Menteri Kesihatan menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi larangan penjualan rokok gula-gula berbentuk peranti vape dan rokok di dalam kawasan sekolah.
[TERKINI] KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
KPDN akan menggunakan kepakaran teknologi Pencapjarian DNA beras oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk analisis sampel beras beras putih import (BPI) dengan beras putih tempatan (BPT).
Insiden di Golok bimbangkan rakyat Malaysia
Orang ramai masih takut memasuki Thailad menjejaskan peniaga Malaysia.
AWANI Ringkas: Kutipan cukai meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis siasat video tular individu pandu kereta secara berbahaya di Genting Highlands
Polis akan menjalankan operasi bersepadu di lokasi tersebut pada hujung minggu dan cuti umum.

Wear OS 5.1 dilancarkan untuk Pixel Watch
Wear OS 5.1 Dilancarkan Untuk Pixel Watch
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri | 10 Mac 2025
Ikuti langsung Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO).
#AWANInews
#AWANInews
Brunei catat peningkatan jumlah pelancongan pada 2024
Brunei catat peningkatan pengunjung ke galeri budaya, perpustakaan dan tapak bersejarah dengan 8,655 pelawat direkodkan pada 2024, meningkat 70 peratus berbanding 2023.
Akta PSB_ Tidak akan memaksa pemilik untuk di usir - Tunku Nashrul
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri menyangkal dakwaan berkait isu Akta PSB yang akan dibentangkan di Parlimen. Tiada pemilik rumah atau tanah untuk diusir dan tidak mengubah peratusan Bumiputera atau mengubah komposisi etnik di sebuah kawasan. #AWANInews

DOF ambil langkah kawalan, pastikan import ikan marin bebas radionuklid
Jabatan Perikanan (DOF) akan memastikan import ikan marin (hidup) bebas daripada kandungan cemaran radionuklid.

Air sisa nuklear: Majlis Pengguna Thailand gesa makanan laut dari Jepun dikaji
Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Thailand (FDA) dan Jabatan Perikanan negara itu diminta membuat pemeriksaan teliti ke atas semua makanan laut yang diimport dari Jepun.