Akaun Facebook Xaysana Keopimpha, yang diberi jolokan oleh pihak berkuasa Thai sebagai 'Raja Dadah ASEAN' berikutan sindiket penyeludupan dadah serantau yang dikendalikannya termasuk ke Singapura dan Malaysia, memberi sekilas gambaran tentang gaya hidupnya.
Menurut pihak berkuasa Thai, warga Laos berusia 41 tahun itu menjalani gaya hidup yang berlebih-lebihan, memandu kereta mewah seperti Lamborghini dan bergaul dengan golongan kelas atasan serta selebriti di negara ini.
"Raja dadah ini memberi gambaran dirinya sebagai ahli perniagaan yang kaya raya dari Laos," kata Ketua Narcotics Suppression Bureau (NSB) Thailand Lt Jen Sommai Kongvisaisuk kepada pemberita baru-baru ini.
Beliau berkata apabila raja dadah itu yang juga dikenali sebagai 'Mr X' oleh pihak berkuasa berada di Thailand, dia akan menganjurkan parti dan mengundang personaliti hiburan, selebriti serta tokoh perniagaan terkemuka.
Memandangkan Xaysana kini telah pun ditahan dalam operasi membanteras dadah pada 19 Jan selepas siasatan teliti lebih lima tahun, gaya hidup berlebih-lebihan dan kemewahan luar biasa yang disyaki diperoleh daripada perdagangan dadah itu mula terbongkar.
Akaun Facebook Xaysana memuatkan beberapa keping gambar dia bersama rakan mengambil swafoto berlatar belakang koleksi kereta mewah termasuk Ferrari, Bentley dan Lamborghini di kawasan kediamannya yang terbentang luas di Laos.
Satu daripada gambar yang dimuat naik ke dalam akaun Facebook itu menunjukkan Xaysana memakai baju-T tanpa lengan yang mendedahkan tatoo pada kedua-dua lengannya, duduk bersendirian di atas sebuah daripada kereta mewah miliknya itu dengan bumbung terbuka.
Selain gambar daripada Facebook yang kali terakhir dikemas kini pada 19 Dis, beberapa visual lelaki itu memandu kereta mewah bersama rakan-rakan di Thailand juga tersebar luas dalam buletin berita dan lingkungan media sosial di negara ini.
Ekoran penahanan Xaysana, pihak berkuasa Thai merampas aset bernilai lebih 200 juta Baht (kira-kira RM26 juta) termasuk kereta dan motosikal mewah yang disyaki mempunyai kaitan dengan rangkaian dadah Laos.
Semalam, pegawai penguat kuasa turut merampas sebuah Lamborghini daripada suami seorang aktres terkenal Thailand kerana kenderaan mewah itu juga disyaki kepunyaan raja dadah Laos itu.
Pihak berkuasa Thai berkata mereka menjangka akan membuat beberapa lagi rampasan aset disyaki kepunyaan 'Raja Dadah ASEAN' dan menahan lebih banyak orang ketika mereka mempertingkatkan siasatan terhadap rangkaian dadahnya di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 03 2017

Akaun Facebook Xaysana Keopimpha, yang diberi jolokan sebagai 'Raja Dadah ASEAN' memberi sekilas gambaran tentang gaya hidupnya. - Gambar Xaysana Xkeopimpha Facebook
AWANI Borneo [23/2/2025] – Petros-Petronas | Pembangunan | Ramalan MetMalaysia
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaiki dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 km atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.

Bentley buang 1,000 pekerja di UK
Firma yang dimiliki Volkswagen itu enggan memberikan sebarang reaksi namun akan membuat pengumuman rasmi hari ini.

Wow! Special Edition Hot Wheels I Am Me? Biar betul... Netizen
Pengguna laman sosial kecoh dengan edisi istimewa 'Hot Wheels I Am Me'.

Akaun Facebook beri sekilas gambaran gaya hidup mewah 'Raja Dadah ASEAN'
Akaun Facebook Xaysana Keopimpha, yang diberi jolokan oleh pihak berkuasa Thai sebagai 'Raja Dadah ASEAN' memberi sekilas gambaran tentang gaya hidupnya.

Bentley Continental GT Speed mencapai kelajuan 331km/j di lebuhraya biasa
Satu pencapaian yang hebat untuk sebuah kereta standard. Tetapi hanya sesuai untuk dilakukan pemandu profesional